fbpx

Waktu sesuai perkenalkan garam dan gula pada anak

Bila waktu sesuai untuk perkenalkan garam dan gula pada anak-anak.

Ok, sekarang ni anak Mummy dah masuk 6 bulan ke belum?

Kalau belum jangan memandai nak suapkan makan pada anak. Tapi kalau anak dah mula makan, Mummy perlu baca tentang garam dan gula kat sini.

Makanan bayi seeloknya jangan tambah apa-apa perasa masin atau manis. Memanglah kita rasa ianya tawar. Tapi tu lagi elok tau.

Lagipun pada usia kecil macam tu, buah pinggang mereka masih belum matang untuk proses apa-apa garam tambahan yang masuk dalam tubuh.

Sama juga dengan gula, tak perlu nak tambahkan. Bila tambah gula dalam makanan, dah sah-sahlah tahap gula dalam badan tu tinggi, betul tak?

Tapi apa jadi selepas tahap gula tu menurun?
Jangan Mummy tak percaya, anak akan jadi pemarah dan kuat protes masa tu.

Kalau selalu bagi dalam jangkamasa yang lama macam mana pulak agak-agaknya..
Dah tentulah gigi anak tu cepat rosak dan berlubang. Nak ke tengok anak umur 2 tahun gigi dah pun buruk dan berlubang.

Silap haribulan berat badan naik mendadak sampai tahap obesiti gara-gara terlebih gula dalam badan.

Kalau nak ajar anak makan makanan manis pun, bagi je makan buah-buahan. Lagi elok dan sihat. Lagipun buah-buahan banyak vitamin dan mineral didalamnya.

Kalau nak jugak bagi rasa manis dalam makanan mereka. Tambah je susu ibu atau susu formula.
.
Satu perkara Kak ekin nak pesan, anak umur 2 tahun kurangkan bagi makanan segera. Seeloknya tak payah langsung.

Umur 2 tahun tu anak masih kecil dan belum sesuai lagi nak makan makanan macam tu. Lagipun kandungan garam dalam makanan segera tu terlalu tinggi untuk mereka.
.
.
Jadi bila waktu sesuai untuk kenalkan gula dan garam ni?

Bila anak dah mampu untuk makan makanan yang sama dengan ahli keluarga. Jadi tak perlu nak tambah apa-apa garam lagi.

Boleh juga tengok saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA. Salam perjuangan ibu menyusu semua! Apa kabar hari ini? Moga ibu semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan. Untuk ibu yang sedang berjuang maintain menyusukan anak tetapi mahu susu maintain tidak berkurang. Kak eja

Read More »

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA? Ibu yang menyusukan anak tentu risau kalau susu bdan drop ketika bulan puasa kan? Walaupun agama islam tak mewajibkan mereka untuk berpuasa tapi tak semua ibu memilih untuk tidak berpuasa. barangkali mereka berasa segan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0