fbpx

TIPS MUDAH BUAT AIR DETOX DENGAN PANTAS

5 TIPS MUDAH BUAT AIR DETOX DENGAN PANTAS

tips mudah buat air detox dengan pantas

Agak-agaklah berapa banyak toksin dan lelemak yang kita kumpul ni?

Nak pergi timbang takut kena heart attack.

So, akak rajinkan la buat detox dua bahan ni. Bahan yang senang nak dapat dan banyak manfaat dan kelebihan untuk badan dan kulit kita ni.

Sebab apa? Sebab kulit yang sihat terlahir dari usus yang bersih. Jom sediakan bahan-bahan di bawah : 
1. 1/2 biji buah lemon
2. 1/2 inci halia
3. Air masak

Cara-cara penyediaan: 
Masukkan jus perahan 1/2 biji lemon dan hirisan 1/2 inci halia ke dalam air. Amalkan setiap pagi, pasti poo-poo setiap hari hehe.

Minum detox ni membantu menguruskan badan secara alami toksah dah nak telan-telan sebarang produk pelangsingan badan. Air detox memang sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan utama yang digunakan berasaskan air, campuran buah-buahan atau herba.

tips mudah buat air detox dengan pantas 1

Patutlah wanita ni di galakan minum air halia setiap hari. Punyalah banyak khasiatnya untuk kesihatan dalaman tubuh dan kecantikan. Memang terbukti berkesan lebih-lebih lagi untuk wanita yang dah berkawin. 

Antaranya mampu membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh,  menguatkan sistem pertahanan tubuh dan banyak lagi la 😍

Nak tau tak apa kebaikan LEMON untuk kulit dan badan kita? 

1. Sokong sistem IMUN
Alkisahnya kandungan Vitamin C yang ada pada lemon ni la yang akan meningkatkan sistem imun manusia. So, tak ada lah kita senang kena jangkitan selsema, demam atau batuk!

2. Untuk kecantikan babe! 
Korang tahu kan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang, so dapatlah kulit anjal dan awet muda.

tips mudah buat air detox dengan pantas 2
tips mudah buat air detox dengan pantas 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0