fbpx

TANDA-TANDA BENJOLAN PAYUDARA

Jom wanita-wanita sekalian kita kenali

 tanda-tanda BENJOLAN PAYUDARA 

tidak berbahaya BERBAHAYA!

Sebagai wanita ni kita memang kena ambik tahu semua benjolan dekat payudara. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengobati.

Jadi apa tu tanda-tandanya? Jom kita baca info di setiap gambar ☺️

1. Benjolan yang pertama ini terjadi kerana perubahan hormon yang akan meningkat kalau kita dah di pertengahan usia dan hilang bila kita menopaus.

Tanda benjolan ini adalah kita akan rasa sakit atau bengkak ketika payudara diraba dan terasa ada benjolan yang padat dan kelihatan berisi.
Kalau kita mengalami perubahan fibrocystic ini, doktor biasanya akan suruh kita kurangkan pengambilan garam dan kafein dalam diet untuk mengurangkan cecair yang terbentuk.
2. Cysts berbentuk bulat atau bujur dan berukuran sebesar satu ke dua inci. Ia lembut apabila disentuh dan mengandungi cecair. Ia akan datang dan pergi semasa kita datang haid dan akan lebih besar dan sakit pada awal haid dan hilang ketika kita habis haid. Doktor mungkin akan buat imbasan ultra untuk memastikan ia hanyalah cysts dan bukan benda lain. 

Kes jarang berlaku adalah apabila risa lendir menjadi besar dan sakit, doktor akan menggunakan jarum untuk mengeluarkan atau mengurangkan cecair di dalamya. Risa lendir ini biasanya terjadi kepada wanita berusia antara 35 dan 50 tahun
3. Fibroadenoma biasanya berlaku kepada remaja dan wanita pada usia 20-an dan lebih biasa terjadi kepada wanita yang menggunakan pil perancang kehamilan sebelum usia 20 tahun.
Tumor jinak ini berbeza saiz dari sekecil-kecil benjolan ke beberapa inci. Ia boleh digerak-gerakkan di bawah kulit, bulat dan keras seperti guli.

Jika Fibroadenoma mengecil atau tak membesar dan doktor pasti dengan diagnosis mereka, biasanya mereka akan biarkan saja
4. Nekrosis lemak berlaku apabila lemak tisu pada payudara anda rosak akibat kecederaan dan menyebabkan terjadinya benjolan yang bulat dan keras.
Ia biasa terjadi kepada wanita yang mempunyai payudara besar dan obes. Doktor akan memerhatikan benjolan ini selama beberapa kitaran haid dan mungkin akan membuangnya melalui pembedahan
5. Mastitis adalah jangkitan saluran susu. Keadaan ini boleh menyebabkan benjolan merah dan hangat disertai dengan demam.
Ia biasanya terjadi pada wanita yang menyusukan anak, tapi ia juga boleh terjadi kepada wanita yang tak menyusukan anak. 
Rawatan kepada masalah ini adalah antibiotik. Biasanya simptom mastitis lebih kurang sama dengan kanser payudara dan jika ia berlaku kepada wanita yang tak susukan anak dan tak hilang selepas diberi antibiotik, doktor mungkin akan membuat pemeriksaan lanjut.

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA. Salam perjuangan ibu menyusu semua! Apa kabar hari ini? Moga ibu semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan. Untuk ibu yang sedang berjuang maintain menyusukan anak tetapi mahu susu maintain tidak berkurang. Kak eja

Read More »

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA? Ibu yang menyusukan anak tentu risau kalau susu bdan drop ketika bulan puasa kan? Walaupun agama islam tak mewajibkan mereka untuk berpuasa tapi tak semua ibu memilih untuk tidak berpuasa. barangkali mereka berasa segan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0