fbpx

Senaman Untuk Wanita Hamil

Senaman Untuk Ibu Hamil

senaman ibu hamil

"Apa lah tengah-tengah loya pun nak suruh bersenam. Nak sarung baju pun punya lah malas!"

Ramai je yang beranggapan wanita hamil tak payah nak bersenam bagai.

Tapi tahukah mommy-mommy semua, senaman amat bagus untuk ibu mengandung?

Senaman amat bagus untuk wanita hamil

Percaya atau tidak, mengeluarkan peluh kita yang sikit pun boleh membuatkan kita rasa lebih bertenaga dan mungkin terasa seperti sebelum hamil, sentiasa kekal aktif tau. Jadi jangan jadikan rasa malas itu sebagai punca kita untuk tidak kekal bertenaga walau dalam keadaan hamil sekali pun!Antara aktiivti yang boleh di buat adalah seperti:Jom baca apakah senaman untuk wanita hamil di setiap gambar 

YOGA

Yoga merupakan senaman yang bagus untuk Ibu hamil. Yoga untuk kehamilan membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat mommy rasa fleksibel dan memperbaiki postur mommy. Ia lebih lembut pada sendi berbanding jenis senaman yang lebih keras. Walau bagaimanapun, mommy mungkin perlu juga membuat beberapa aktiviti aerobik seperti berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.

aerobik

AEROBIK

Pergi ke kelas aerobik mingguan memberi MOMMY masa yang tetap untuk bersenam & Ianya selamat, selagi Mommy melakukannya dalam impak rendah untuk melindungi sendi-sendi. Jika mommy menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, mommy akan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk mommy dan baby. Aerobik merupakan senaman yang bagus untuk wanita hamil.

berlari

BERLARI

Berlari ni kan salah satu cara paling cepat dan paling berkesan untuk kita aktifkan jantung dan badan kita. Namun, lari yang ringan ringan la. Acah acah lari je. Kalau berjalan laju tu kira lari jugaklah kan tu. Hehe. Jangan terlalu paksa diri nak berlari. Berjalan dan berenang lagi sesuai lah.

berenang

BERENANG

Berenang tu syok kan. Sape kat sini suka berenang? Saya sendiri pon rasa nak belajar berenang. Bila pergi jalan jalan bolehla merasa ketenangan bila berenang dalam air kolam yang sejuk. Ia boleh buat ibu hamil dan bayi dalam kandungan pon rasa tersangatlah tenang.

Bila kita bersenam dalam air, badan rasa lebih selesa. Sendi rasa lebih lembut. Ia juga membantu dalam mengurangkan bengkak di kaki bila dah dekat nak bersalin. Cubalah. Tentu syok kan.

kegel 2
kegel

KEGEL

Senaman ini dikenali juga sebagai senaman lantai pelvik (pelvic floor). Merupakan senaman yang bagus untuk wanita yang hamil. Tujuannya untuk memperkuatkan lagi otot-otot vagina dan mengelakkan dari terkencing secara tiba-tiba (ketidakmampuan mengawal air kencing).

Cara senaman :

Kemut otot kegel seakan-akan menahan kencing.
Bertenang dan tahan nafas kiraan 3 saat, kemudian lepas.
Ulang 3 set sehari dengan 10 kali dalam satu set.
Tetapkan membuat senaman ini dalam 2-3 minit setiap set.

Kalau bermanfaat, mommy semua boleh share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0