fbpx

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

Ibu yang menyusukan anak tentu risau kalau susu bdan drop ketika bulan puasa kan?

Walaupun agama islam tak mewajibkan mereka untuk berpuasa tapi tak semua ibu memilih untuk tidak berpuasa. barangkali mereka berasa segan nak makan ketika orang lain berpuasa. Ada juga yang nak elak dari qada puasa.

Jadi jom kita ikuti perkongsian Nurasykin Ali mengenai.

“9 TIPS UNTUK IBU MENYUSU KEKAL BERTENAGA, KURANG RASA LAPAR DAN SUSU BADAN KEKAL BANYAK KETIKA BERPUASA”

1. Makan banyak kurma

Jangan sesekali tinggalkan kurma ketika berbuka dan bersahur. Zat dan nutrisi pada buah kurma dapat membekalkan tenaga berpanjangan pada badan. Ibu perlu tenaga yang banyak untuk terus menyusukan anak supaya susu badan tidak drop ketika berpuasa. Ambil sekurangnya 1-3 biji pada waktu berbuka dan 5 biji ketika bersahur.

2. Wajib sahur

Jangan malas bangun sahur. Bangun sahur amat penting untuk ibu tidak rasa lapar ketika berpuasa. Waktu terbaik untuk ibu bersahur adalah SEJAM SEBELUM waktu imsak. Supaya ibu rasa kenyang lebih lama. Ambil makanan berat seperti nasi atau oat ketika bersahur.

3. Jangan makan pedas

Elak ambil makanan terlalu pedas ketika bulan berpuasa. Sebab makanan pedas buatkan badan berangin dan sebu pada siang hari. Sedikit sebanyak boleh mengganggu penghasilan susu badan.

4. Banyak minum air

Pastikan minum air sekurangnya 2 ke 4 liter. Cadangan pengambilan air bagi memudahkan ibu ada kak ekin kongsi pada gambar.

5. Elak kafien

Jauhkan dari mengambil air yang mengandungi kafien seperti kopi, teh, coklat dan soda. Kafien bersifat diuretic yang jadikan kita kerap buang air. Jadi, badan akan kehilangan air dengan cepat.

6. Mindset positif

Otak penyumbang utama dalam penghasilan susu badan. Jadi, untuk menjaga susu badan supaya tidak drop ibu sentiasa fikir susu badan anda banyak dan cukup untuk anak.

7. Amalkan doa dan zikir

Amalkan membaca surah Al-Baqarah ayat 60 sambil usap payudara dan berdoa dalam hati supaya dimurahkan rezeki susu untuk anak.

Juga boleh amalkan berzikir ‘Ya Matin’ yang bermaksud Maha Sempurna kekuatannya sebanyak 70 kali pada waktu subuh dan malam untuk memperbanyakkan susu badan.

Mohon kepada Allah agar dibantu dan dipermudahkan niat dalam menjalankan ibadah serta tanggugjawab sebagai ibu.

Kak ekin kongsikan doa dan amalan pada gambar dibawah.

8. Jaga jadual pam

Lakukan jadual pam seperti biasa. Jangan panik sekiranya susu drop untuk permulaan. Ianya akan kembali normal selepas beberapa hari. Ikut pengalaman kak ekin hanya 2-3 hari.

Cadangan jadual pam ketika berpuasa;

– Pam sebelum sahur (contoh bangun kul 3.45 pagi. Pam 20 minit kemudian baru sediakan makan sahur untuk keluarga).
– Pam selepas subuh atau Pam pukul 8 pagi.
(ikut kesesuaian ibu di tempat kerja)
– Pam ketika waktu lunch 1 ptg. Kemudian terus solat zohor.
– Cuba bahagi masa untuk tidur sekejap pada waktu rehat. 
– Susukan direct selepas balik kerja dan ketika malam.

9. Makan MilkBooster

Pilih makanan dan minuman yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan seperti bayam, sayur sawi batang putih, pegaga, lobak, susu, horlick sebagai salah satu menu hidangan berbuka.

Ibu juga boleh amalkan MilkUp Candy. Supplement penggalak susu yang diperbuat dari makanan sunnah. Ada susu kambing, kurma, pegaga, halba, habbatusauda, delima, gam arab, strawberry dan Omega-3. Rasa yang sangat sedap seperti gula-gula strawberry.

MilkUp Candy dapat beri tenaga pada badan ibu disamping meningkatkan penghasilan susu ibu ketika berpuasa.

Moga bermanfaat!

Tekan butang #SHARE untuk sebarkan info pada ibu-ibu yang lain agar tidak berhenti penyusuan badan ketika berpuasa. Moga kita sama-sama dapat bantu para ibu meneruskan penyusuan anak sehingga 2 tahun seperti disarankan dalam islam.
.
.
.

Yang iklas,
Kak Ekin
.
.
#kakekinkongsipetua
#dapurkakekin

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA. Salam perjuangan ibu menyusu semua! Apa kabar hari ini? Moga ibu semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan. Untuk ibu yang sedang berjuang maintain menyusukan anak tetapi mahu susu maintain tidak berkurang. Kak eja

Read More »

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA? Ibu yang menyusukan anak tentu risau kalau susu bdan drop ketika bulan puasa kan? Walaupun agama islam tak mewajibkan mereka untuk berpuasa tapi tak semua ibu memilih untuk tidak berpuasa. barangkali mereka berasa segan

Read More »
Banana Dates Smoothies
1 cawan bijirin Oat
1 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
1 sudu besar Yogurt
1 biji pisang 
5-9 biji Kurma
Blend kesemua. Sedia untuk diminum.
Rasa lemak dari buah pisang dan manis kurma buatkan smoothies ni sangat sedap . Boleh tambah buah strawberry untuk rasa masam manis.
Nyum nyum..sedappp!
Susah nak pastikan kita ambil air yang cukup kan. Maklum lah waktu makan kita dah jadi pendek. So, ini cadangan yang dikongsikan oleh kementerian kesihatan.
Wah..dato ct pun rekemen MilkUp candy tau. Hebatt!
Iyelah, ada sesetengah mak yang tak mampu nak telan air halba atau habbatusauda kan. So supplement milkup ni sangat membantu. Ada 9 makanan milkbooster. Rasa pun sedap!
Ini doa yang dikongsi oleh seorang ustazah (kak ekin lupa nama) untuk banyakkan susu badan. Kita usaha, doa dan tawakal pada Allah. Dia lah yang memegang segala pintu Rezeki.
Zikir ni pun bagus. Duduk saja2, bole baca.
Doa ketika nak mulakan penyusuan atau pam.
Selawat dan bismillah ketika nak mula penyusuan. InsyaAllah air susu mengalir laju dan banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0