fbpx

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Ketidakstabilan hormon, tekanan dan kekurangan vitamin, semuanya boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut selepas bersalin.

Fenomena rambut gugur selepas bersalin adalah perkara normal yang boleh berlanjutan selama beberapa bulan.

Ada tau sesetengah ibu ni boleh mengalami rambut gugur teruk sehingga ternampak tompok botak kecil di kepala.

Mari kita bincangkan kenapa fenomena ini boleh berlaku.

Apa penyebab rambut gugur selepas bersalin?

Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tak stabil. 
Ketika ibu hamil, keadaan rambut mereka berada di peringkat terbaikdisebabkan aktiviti hormon pada peringkat yang optimum. 
Semasa mengandung, rembesan hormon wanita (estrogen) adalah lebih banyak.
Di bawah pengaruh hormon ini, badan ibu hamil kembali muda dan kadar pembaharuan sel sangat cepat.

Sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan rambut gugur
* Faktor tekanan. Kelahiran anak adalah perubahan yang paling besar dalam kehidupan seorang wanita. Ibu baru mungkin akan rasa tertekan, kekurangan tidur dan mengalami kebimbangan kerana menjaga anak. Akibatnya, keadaan kulit dan rambut ibu akan semakin merosot.
* Kekurangan vitamin. Kebanyakkan ibu hamil akan memakan vitamin tambahan sepanjang kehamilan mereka. Ini kerana janin akan menyerap semua nutrien yang diperlukan untuk membesar. Ibu cuma akan mendapat sisa nutrien sahaja. Sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, proses ini akan berulang. Tetapi kali ini keperluan bayi yang baru lahir adalah lebih tinggi. Ibu boleh kekurangan vitamin, kerana sebahagian besar nutrien dalam badan digunakan untuk menghasilkan susu untuk anak.
Dipetik Oleh : Facebook Aizah Zarirah

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak
masakan
milkupempire

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0