fbpx

PENTING KE FIRST AID KIT ADA KAT RUMAH?

Ramai Ibu-ibu yang tertanya-tanya Penting Ke First Aid Kit Ada Di Rumah

Masih ramai ibu yang selalu ambik mudah bagi kelengkapan kecemasan, Tahukan ibu bahaya kita tak pernah tahu waktu untuk berlakunya kecemasan atau kecederaan. Jadi Bagi seorang ibu amatlah Penting bagi menyediakan kelengkapan kecemasan di rumah bagi mengelakkan kecederaan anak bertambah parah dan teruk.

Jadi Harini admin nak kongsikan kenapa first aid kit perlu ada di rumah. Perkongsian kali ini Admin ambil daripada Facebook Aizah Zarirah. Segala info dan ayat telah dicipta oleh Aizah Zarirah.

Jom..

Dulu akak pernah ada pengalaman ngeri, anak lari dari tangga terhantuk dahi. Terus darah tak berhenti. So, akak pun mula lah nervous tak tau nak buat apa. Terketar-ketar tangan ni hah.

Dari pengalaman barulah akak sedar. Wajibnya disetiap rumah perlu ada kotak first aid kit. Pada akak, ubat paling penting yang perlu ada dalam kotak tersebut ialah ubat antiseptik dan cotton wool, minyak gamat, dan juga plaster. Tapi, kotak first aid ini adalah untuk keperluan luaran sahaja. Jadi kalau nak ubat dalaman pulak, sebaiknya minta nasihat dari pada doctor dulu.

Kalau kita sedar yang kita ada anak kecil kat rumah, medical kit ni adalah salah satu yang perlu kita titik beratkan.

Jangan ulang kesilapan akak.

Sekurang-kurangnya kita dah ada kelengkapan emergency ini untuk mengurangkan rasa sakit atau membalut luka sebagai bantuan awal kecederaan. Mungkin ramai diantara kita yang masih tidak sedar akan kepentingan kelengkapan ini di rumah. Tapi bila jari dah kena pisau atau anak jatuh depan laman rumah, masa tu lah kita kelam-kabut cari bandage, pembalut luka, minyak dan sebagainya.

Jadi, kalau berlakunya pendarahan kat rumah:

pentingnya first aid kit 2
pentingnya first aid kit 3
pentingnya first aid kit 4

1. Sediakan Sapu tangan yang bersih. Atau Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap

2. Ambik kain bersih tadi dan terus tekan langsung di tempat luka untuk hentikan pendarahan

3. Masa tengah tekan kain kat tempat luka tadi. Sebolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.

pentingnya first aid kit 5

Semua ni akak memang akan simpan untuk kegunaan luaran. 

Therapy oil akak gunakan kalau tetiba anak terkena kembung perut, tapi akak akan guna setiap hari untuk bagi keselesaan pada anak. 

Happy Boo pulak akak simpan sebagai incase bila anak selsema. Kadang anak ni susah sangat makan ubat. Bila Ada Happy Boo di rumah akak boleh terus spray je kat kawasan Zon T. 

Yang macam paip tu untuk sedut hingus, hehehe. Senang sebab anak tak pandai nak buang hingus tu kan. Apa lagi yang masih baby.

Semoga Bermanfaat Dan berguna Untuk Ibu-Ibu .

 

 

Kredit : Facebook Aizah Zarirah

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA. Salam perjuangan ibu menyusu semua! Apa kabar hari ini? Moga ibu semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan. Untuk ibu yang sedang berjuang maintain menyusukan anak tetapi mahu susu maintain tidak berkurang. Kak eja

Read More »

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA? Ibu yang menyusukan anak tentu risau kalau susu bdan drop ketika bulan puasa kan? Walaupun agama islam tak mewajibkan mereka untuk berpuasa tapi tak semua ibu memilih untuk tidak berpuasa. barangkali mereka berasa segan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0