fbpx

Panduan Makanan Bagi Bayi 6 Bulan

panduan makanan bagi bayi 6 bulan

Untuk berikan yang terbaik untuk anak yang berusia 6 bulan, Panduan Makanan sangatla diperlukan bagi memudahkan proses anak untuk makan pepejalyang pertama.

Nak ajar anak mula makanan pepejal agak mencabar bagi setengah ibu. Bila ibu suap, terus dia meluah balik makan. Sebabnya anak ni dah terbiasa dengan minum susu sahaja.

So, ibu-ibu jangan panik dan terlalu mendesak anak.

Anggap proses pengenalan makanan sebagai latihan. Mula dengan beri makanan semi-solid seperti puri buah atau sayur sahaja. Supaya perut bayi tak terkejut.

Sebagai permulaan, cukup sekadar beri makan 1-3 separuh sudu kecil je dulu.

Kalau anak masih tak nak makan, ibu boleh ambil puri dengan gunakan jari dan biarkan bayi jilat supaya dia dapat rasa sesuatu yang baharu selain susu ibu.

Bulan pertama tak digalakkan untuk beri nestum atau bijirin. Sebab ianya sumber karbohidrat dan boleh buat anak sembelit. Sebaiknya ajar bijirin mula 7-8 bulan keatas.

Untuk info, puri akan bertahan selama 48 jam kalau disimpan di chiller tapi kalau simpan di tempat beku, ianya boleh bertahan selama 3 bulan. Pastikan ianya disimpan bertutup.

Ikut garis panduan oleh kementerian kesihatan malaysia, anak seharusnya diberi makanan pepejal seawal umur 6 bulan.

Jadi ibu-ibu jangan lah gatai-gatai nak beri makan pada anak umur bawah 6 bulan. Kekonon kesian sebab tengok anak tu lapar.

Sekiranya ibu rasa perlu untuk kenalkan makanan pepejal lebih awal pada anak. Tolong dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Kak ekin tak sanggup nak baca news tentang usus bayi pecah lagi. Cukup-cukup lah tragedi yang lepas tu berlalu.

So, dibawah ni Kak ekin sediakan sedikit panduan untuk ibu-ibu diluar sana.

Semoga bermanfaat.

Untuk mulakan pemakanan anak, ibu-ibu jangan terlalu mendesak dan memaksa anak untuk terus makan tau. Jika dia masih tak mahu, cukup sekadar bagi rasa hujung sudu sahaja. Pada bulan pertama ajar, pastikan buat puri yang cair dan tidak likat kerana perut bayi dalam proses permulaan. Kalau nak tahu samada puri tu cair atau tak, ibu senduk sedikit puri dan tuang. Kalau ianya mengalir macam air, dah cukup cairlah tu. Boleh baca disini bagaimana untuk mulakan pemakanan anak pada usia 6 bulan.

panduan makanan bagi bayi 6 bulan 1

Sebelum ajar anak-anak makan, kita perlu lakukan ‘4 days rule’ dahulu. 

‘4 days rule’ ini adalah beri makanan yang sama dalam masa 4 hari. Dalam tempoh tu, kalau anak sembelit dan cirit-birit, maknanya kita kena hentikan seketika pemberian puri tersebut.

Contohnya, ibu mulakan dengan memberi puri epal. So, ibu kena beri puri epal tersebut dalam masa 4 hari tanpa memberi lain-lain jenis puri. Dalam tempoh tu, kalau anak cirit-birit ke apa, ibu kena hentikan dari memberi puri epal. Tapi kalau ok, boleh teruskan. 

Selepas lulus 4 hari tu, cuba pula dengan puri lain dan begitulah seterusnya.

panduan makanan bagi bayi 6 bulan 2

Pilih buah-buahan yang manis dan tidak masam.

Kalau epal, jangan pilih epal hijau. Cari epal yang besar dan manis. 

Pisang pula cari yang dah masak ranum. Untuk elakkan ia likat sangat, ibu boleh campurkan dengan susu ibu atau air kosong. Pisang ni tak perlu rebus ya cuma lecek sahaja.

Betik pun sama. Cari yang masak dan lecek je. Tak perlu rebus

Kalau takde idea puri buah-buahan apa yang nak dibuat, gabungkan je seperti buah epal dengan buah pear ke. Pisang dengan epal ke.

 

panduan makanan bagi bayi 6 bulan 3

Lepas ibu dah ajar anak dengan puri buah. Ajar pula dengan beri puri sayur-sayuran. Jangan pula pilih sayur yang pahit macam petola tu, dan jangan pilih sayur yang tiada gas seperti kobis.

Pilih yang sesuai dan berkhasiat untuk anak.

Contohnya :

Kentang. Ibu rebus dahulu dan bila dah empuk. Lecek-lecekkan ia dan campur sedikit susu atau air. Kentang ni adalah sumber vitamin A yang sangat baik tau.

Labu pun sama. Rebus dahulu dan lecek atau blend.

Boleh juga buat puri lobak.

1. Elakkan memberi telur
2. Makanan laut
3. Kekacang
4. Makanan masam
5. Yeast dan cheese

panduan makanan bagi bayi 6 bulan 5
Disini Kak ekin sertakan menu seminggu untuk anak yang pertama kali diajar semi-solid food. Yang ni menu ‘4 days rule’ dimana selama 4 hari berturut-turut bayi diberi makan puri yang sama. 
Hari kelima baru mula dengan puri yang lain pula seperti pisang, betik, pear, tembikai susu, avocado, mangga dan sebagainya barulah ajar beri puri sayur-sayuran.
Nanti pandai-pandailah ibu buat jadual pemakanan seminggu untuk anak ya.
Masuk usia 7 bulan, ibu dah boleh ajar anak untuk makan bubur nasi. Boleh campur dengan puri buah-buahan dan sayur-sayuran tu juga. 
Masa usia ni cuba ajar anak untuk menikmati sedikit jus buah. Usia 6 bulan pun dah boleh diberi jus buah. Buat sebagai hidangan petang anak pun ok. Tapi usia 6 bulan hanya beri 1 sudu sahaja tau. Jangan banyak.
So pilihan yang tepat untuk anak adalah sangat penting bagi perkembangan minda dan otak anak.Semoga Perkongsian kali ini dapat membantu ibu-ibu.
Jom lihat pelbagai lagi perkongsian dengan Klik Sini.
 
Kredit : Facebook Puan Nurasykin Ali

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak
masakan
milkupempire

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »
Uncategorized
milkupempire

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA. Salam perjuangan ibu menyusu semua! Apa kabar hari ini? Moga ibu semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan. Untuk ibu yang sedang berjuang maintain menyusukan anak tetapi mahu susu maintain tidak berkurang. Kak eja

Read More »

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA? Ibu yang menyusukan anak tentu risau kalau susu bdan drop ketika bulan puasa kan? Walaupun agama islam tak mewajibkan mereka untuk berpuasa tapi tak semua ibu memilih untuk tidak berpuasa. barangkali mereka berasa segan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0