fbpx

Otak Anak Dalam Kandungan Boleh Terjejas?

PERKEMBANGAN OTAK ANAK DALAM KANDUNGAN BOLEH TERJEJAS?

yoga

Dalam excited dengan baby dalam perut, ibu kena berwaspada! Sebab 5 perkara ni boleh buat perkembangan otak anak kita boleh terjejas!

Mesti bosan kan setiap hari akak akan membebel dan buat status panjang-panjang tentang kehamilan, penyusuan dan anak-anak? Semua akak kongsikan ikhlas untuk semua wanita dalam dunia ni.

Berbalik pada perkembangan otak baby tadi. Walau dalam keadaan excited macam mana pun kita dengan kehamilan ni, monmy-mommy semua kena berhati-hati. Sebab kadang-kadang perkara di sekeliling boleh menjejaskan OTAK ANAK KITA!

Jadi sebab itu sebagai ibu hamil, mommy kena mengambil tahu tentang semua maklumat. Rajinkan membaca.

Jom akak kongsikan 5 perkara tersebut.

Terdapat banyak masalah genetik yang boleh menyebabkan kecacatan otak pada bayi dalam kandungan. Contohnya seperti:

1. Sindrom Down, Phenylketonuria dan penyakit Tay Sachs
Kecacatan kongenital yang boleh berlaku pada kedua-dua ibu bapa (lalu anak pun membawa gen ini)
2. Sebab itu penting untuk ibu hamil selalu melakukan pemeriksaan pranatal dan imbasan ultrasound sebelum tarikh due date.

Ini semua supaya mommy dapat mengetahui kalau ada sebarang masalah pada perkembangan bayi dan mendapatkan pandangan pakar.

Antara pantang larang semasa hamil yang penting ialah ibu hamil jangan terdedah pada plumbum, merkuri, atau sebarang persekitaran yang berbahaya. Persekitaran ini mampu menjejaskan intelektual bayi!

Ibu mengandung lebih terbuka untuk terkena jangkitan bakteria. Antara jangkitan yang bahaya pada bayi dalam kandungan ialah jangkitan meningitis dan campak.
Jadi mommy kena waspada dan jangan terlalu terbuka dengan orang sakit. Jaga kesihatan badan mommy sendiri supaya bayi dalam kandungan tidak terjejas.
1. Bayi yang kekurangan oksigen ketika dalam proses bersalin akan mengalami kecederaan otak dan kecacatan intelektual. 
2. Bayi pramatang pun lebih mudah terjejas. Terdapat pelbagai punca kelahiran bayi pramatang. Salah satunya ialah pra eklamsia. Keadaan ini akan menjejaskan ibu malah bayi
3. Pra eklamsia akan mengehadkan plasenta daripada mendapatkan darah. Hasilnya, bayi akan lahir lebih kecil dari bayi normal.
4. Kalau mommy mengalami sebarang komplikasi, sila dapatkan pakar dengan segera. Semoga mommu mengambil berat akan pantang larang semasa hamil ini.
1. Rokok 
Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada kandungan. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi. 
2. Alkohol 
Alkohol juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang sedang dikandungkan. Ini kerana kandungan alkohol dapat menyebabkan kerosakan kepada otak bayi. Selain daripada itu bayi juga terdedah kepada SIndrom Alkohol Fetal. 
3. Ubat/ Dadah 
Penggunaan ubat atau dadah yang terlarang juga mampu membahayakan bayi yang dikandung. Bayi boleh mendapat kecacatan selain daripada memberi kekacauan fizikal dan pembelajaran kanak-kanak itu nanti.
1 . Boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi
Kandungan asap rokok yang terdiri daripada pelbagai jenis toksik dan bahan beracun yang merbahaya boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen yang sampai kepada bayi. Perkara ini boleh menyumbang kepada bayi yang cacat.
2. Merosakkan otak bayi
Alkohol dan dadah boleh memberi kesan yang terus kepada perkembangan otak bayi yang sihat. Kandungan berbahaya pada kedua bahan ini boleh menjejaskan proses pembelajaran bayi tersebut apabila meningkat kanak-kanak. Perkara ini sudah tentu akan memberi lebih banyak kesan buruk kepada bayi tersebut.
3. Boleh membunuh bayi dalam kandungan
Kandungan bahan berbahaya dalam asap rokok, alkohol dan dadah juga boleh menyebabkan kematian bayi ketika masih berada dalam kandungan. Pembentukan dan tumbesaran yang berlaku dalam keadaan yang tidak sihat boleh mengakibatkan banyak perkara negatif kepada bayi. Tahap paling kronik kesan bahan berbahaya tersebut adalah apabila boleh mengakibatkan kematian kepada bayi tersebut.
Semoga bermanfaat ! Untuk lebih info boleh Klik SINI !
 
SUMBER : AIZAH ZARIRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0