fbpx

Mengajar Anak Kita Tentang Perkongsian

Dalam mendidik dan membentuk anak-anak yang masih kecil bukan lah satu hal yang mudah. Sebagai seorang ibu juga , pelbagai perkongsian perlu dikongsikan untuk anak-anak agar dapat memberi contoh yang baik bagi mereka. 

Jom admin kongsikan Manfaat dan cara-cara mengajar anak secara berkongsi. Topik kali ini admin ambil daripada Facebook Aizah Zarirah.

Semoga topik Kali ini dapat Memberi manfaat kepada semua ibu bapa 

Antara cara-cara untuk mengajar anak secara berkongsi Adalah:

1. Melalui pendedahan berulang.
2. Melalui akibat tindakan / tingkah laku.
3. Secara kaitan.

 

Dengan menggunakan peribahasa ‘bapa borek anak rintik’, ini adalah kerana kita adalah orang dewasa dan kanak-kanak cenderung untuk meniru gaya orang dewasa, serta tindakan perkongsian yang mungkin akan dicontohi oleh anak kita. Perkongsian tingkah laku bukan hanya ketika bermain atau makan malam tetapi dalam aspek kehidupan harian.

Selain itu, apa yang boleh kita lakukan adalah memastikan bahawa tingkah laku perkongsian kita dengan orang lain hendaklah diberi ganjaran dengan hasil yang setimpal dari segi sosial masyarakat yang kita alami. Sebagai contoh, apabila seseorang berkongsi sesuatu dengan kita, cuba nyatakan kegembiraan kita dan berterima kasih kepadanya. Lakukan perkara yang sama kepada anak kita dengan memujinya apabila mereka berkongsi apa-apa dengan orang lain.

Ini menunjukkan bahawa perkongsian membawa kesan yang baik kepada seseorang yang pemurah hati. Ia dapat mengajar anak kita bahawa seseorang yang pemurah hati bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada penerima malah juga kepada pemberi. Kita boleh mengukuhkan perasaan belas kasihan dengan mengajar anak kita bahawa membawa kebahagiaan kepada orang lain akan turut membawa kegembiraan dalam diri kita.

Anak kita belajar untuk mengingati detik-detik kegembiraan dalam kehidupan mereka pada usia yang muda dengan berkongsi kebahagiaan orang lain. Kita juga boleh mengajar mereka bahawa ketika orang lain bergembira dengan kemurahan hati kita, mereka akan berbuat baik untuk kita, oleh itu lebih cenderung untuk melindungi kita daripada bahaya kerana mereka menghargai kita.

Setelah perkongsian menjadi kerap dan semakin baik, anak kita akan mempunyai perasaan yang yang happy kalau dah buat perkongsian. Ini mendorong anak kita untuk berkongsi lebih kerap dengan mainan, atau barang-barang lain yang mereka miliki.
Satu lagi sebab mengapa perkongsian itu penting adalah kerana kita tidak boleh selalu menyembuh, tetapi kita boleh sentiasa mengambil berat. Oleh itu, mengajar anak kita untuk mengambil berat atau prihatin terhadap orang lain akan membuatkan dia menjadi seseorang yang amat berharga.

Seperti yang dinyatakan, perkongsian adalah suatu nilai yang dapat memupuk rasa selamat serta tanggapan disayangi dengan secukupnya. Oleh itu, ia termasuk dalam idea persahabatan. Sekiranya anak kita berkongsi dengan baik, kita tidak perlu bimbang bahawa dia tidak mempunyai sahabat.
KREDIT : AIZAH ZARIRAH

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak
masakan
milkupempire

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0