fbpx

List Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung

List Makanan Sihat Untuk Ibu Menyusu

“Susahnya nak makan semasa mengandung! Lebih makan kena kencing manis. Kurang makan, tak ada tenaga”

Selalu tak alami perkara kat atas? Kalau dulu senang, apa yang kita makan hanya untuk diri sendiri. Sekarang ni lain. Ada si manja dalam perut, jadi memang wajib jaga pemakanan.Untuk menjaga kandungan supaya kekal sihat dan membesar dengan baik bukanlah perkara yang mudah. Bab penjagaan pemakanan adalah satu cara yang terbaik yang boleh bantu ibu ketika mengandung. 

Jom Admin kongsikan List Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung yang mungkin boleh membantu ibu-ibu yang pening tak tahu boleh makan apa. List makanan ini admin Kongsikan daripada Facebook Puan Aizah Zarirah

Semoga Bermanfaat dan Boleh Membantu ibu yang sedang Hamil atau Mengandung.

Hari ini akak akan kongsikan List makanan yang kaya dengan calsium, vitamin, megnesium, dan nutrisi untuk ibu mengandung. Siapa cakap ibu mengandung macam kita tak boleh makan sedap?

list makanan sihat untuk ibu mengandung
Masa di awal kehamilan kita memang akan alami loya, muntah-muntah. Kadang sampai tak lalu nak makan kan? So, kita boleh gantikan makanan tu dengan buah-buahan untuk menggantikan tenaga yang di perlukan semasa di awal kehamilan.
Teringin nak makan snek semasa hamil, tapi risau sebab gula tinggi? Jangan bimbang. Gantikan dengan kelacang atau jagung untuk pengganti snek kita.
Sebahagian besar dari kita tahu bahawa kacang-kacangan merupakan sumber protein dan serat, oleh kerana itu kacang selama kehamilan akan membantu mengatasi sembelit. 
.
Hampir 40 peratus wanita hamil akan menjadi sembelit selama kehamilan. 
.
Penyebab sembelit tersebut meliputi tekanan rahim yang semakin besar, hormon progesteron yang melambatkan gerak pencernaan, dan suplemen zat besi. 
.
Kacang juga mengandungi sumber yang kaya akan asid folik dan zat besi.
list makanan sihat untuk ibu mengandung 2
list makanan sihat untuk ibu mengandung 3
Telur menjadi makanan yang berkhasiat untuk ibu mengandung sebab Kuning telur mengandungi choline, nutrisi penting yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi (janin) di samping meningkatkan otak anda sendiri. 
.
Ibu mengandung perlu mendapatkan kira-kira 450 mg choline setiap hari. 
.
Dan jika anda vegetarian atau tidak suka telur, sumber-sumber lain yang mengandungi choline termasuk daging lembu, susu dan kacang soya.
 
Ketidakselesaan semasa hamil menjadi lebih berat selama trimester ketiga, penting untuk makan sering. 
.
Kacang-kacangan adalah sumber protein dan lemak yang sihat untuk jantung. 
.
Kacang-kacangan seperti badam, walnut, pistachio dan kacang mete semua mempunyai lemak sihat, protein dan serat.
list makanan sihat untuk ibu mengandung 4
Jadi ibu, Mengandung bukanlah satu penghalang untuk kita makan makanan yang sedap dan sihat. Semoga List Makanan Sihat ini dapat membantu ibu dalam mendapatkan tenaga harian dan membantu proses pembesaran bayi.

JoM Klik Sini untuk mendapatkan lagi tips-tips mengenai ibu dan si manja.

Kredit : Aizah Zarirah

Maklumat lebih Lanjut Boleh ke :

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0