fbpx

List Buah Tak Boleh Dan Boleh Dimakan Masa Pantang

List Buah Tak Boleh Dan Boleh Dimakan Masa Pantang

Pening tak tau nak makan buang yang selamat masa pantang, dan yang tak boleh nak makan juga masa pantang?

Jangan risau, malam ni akak terajin sikit seranaikan jenis-jenis buah yang boleh, dan yang tak boleh di makan masa pantang!

Macam yang kita tahu, buah-buahan memang banyak khasiatnya. Lebih-lebih lagi semasa berpantang. Kita memerlukan khasiat dalam buah-buahan untuk pulihkan tenaga selepas melahirkan anak. Tapi, tak semua buah kita boleh makan semasa berpantang.

Ada beberapa buah yang tak boleh dimakan kerana buah tersebut bersifat tajam atau sejuk.
Ini adalah senarai lengkap buah untuk ibu berpantang dan buah yang dilarang makan semasa dalam pantang.

Buah yang boleh dimakan ini dapat memulihkan tenaga ibu berpantang serta memberi zat untuk membuatkan kita mendapat khasiat yang seimbang serta menghasilkan susu ibu yang berkualiti.

Buah yang berwarna terang macam betik, anggur dan blueberries mengandungi antioksidan yang tinggi. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan menguatkan kesihatan jantung, merendahkan risiko jangkitan dan kanser.

Manakala buah seperti oren yang tinggi dengan vitamin C ini pula dapat memulihkan semua tisu dalam badan ibu berpantang dan mempercepatkan pemulihan luka.

Ini adalah senarai buah yang boleh dimakan semasa dalam pantang:

1. Anggur
2. Kurma
3. Oren
4. Epal merah
5. Strawberi
6. Peach
7. Prun
8. Kismis
9. Longan cina
10. Blueberry
11. Walnut

Mommy digalakkan untuk makan buah-buahan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Ada beberapa buah-buahan yang tak boleh dimakan semasa berpantang kerana buah-buahan ini sejuk, tajam atau panas. Perkara-perkara ini akan membuatkan proses pemulihan anda selepas bersalin terganggu.

Buah-buahan ini juga dilarang kerana ia boleh menyebabkan momny mengalami sakit tulang, sakit otot atau lemah sendi. Kesannya mungkin tak dapat dilihat sekarang tapi ia akan memberi kesan pada masa hadapan.

Ibu yang tak mengamalkan pantang dengan betul seperti wanita di Barat, cenderung mendapat penyakit seperti artritis dan rheumatisme.

Jadi, ini adalah senarai buah-buahan yang dilarang makan semasa dalam tempoh berpantang:

1. Nenas
2. Limau
3. Buah Lai
4. Tembikai Susu
5. Tembikai Merah
6. Tembikai Cina
7. Kiwi
8. Epal Hijau
9. Buah Pear
10. Pisang
11. Jambu
12. Belimbing
13. Durian Belanda
14. Mangga
15. Betik
16. Ciku
17. Langsat
18. Nangka
19. Cempedak
20. Pisang Masak Hijau
21. Pisang Nangka
22. Pisang Embun
23. Pisang Udang
24. Ubi Kayu
25. bi Keladi
26. Sengkuang
27. Manggis
28. Macang
29. Kuinin
30. 

Memang banyak buah-buahan yang tak boleh dimakan, tapi hanya semasa dalam tempoh berpantang saja. Jadi tahan sikit ya mommy semua?

SEMOGA BERMANFAAT !

 

KREDIT : AIZAH ZARIRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0