fbpx

KENAPA BAYI SELALU MUNTAH SUSU?

Risaunya bila bayi selalu muntah susu, asal minum je mesti muntah balik.

Jom kita check berkaitan bayi muntah susu yang mungkin boleh membantu ibu dalam..

Bayi selalu MUNTAH SUSU? 

Alahan susu lembu atau intoleransi LAKTOSA?

Kalau bayi alah pada susu lembu, ini bermakna sistem mereka memberi reaksi pada protein susu lembu.

Intoleransi laktosa pulak bermakna mereka ada masalah untuk menghadam laktosa, gula semula jadi yang ada dalam susu.
Protein susu lembu dan laktosa biasanya ada dalam kebanyakan susu formula. Ia juga boleh masuk ke dalam susu badan jika anda makan atau minum susu/produk tenusu seperti keju atau yogurt.

Jika bayi mempunyai intoleransi atau alahan susu lembu, mereka mungkin akan muntah selepas menyusu. Mungkin agak sukar untuk anda bezakan dengan refluks.
Tapi kalau bayi mommy mempunyai masalah dengan susu lembu, mereka juga akan ada:

* ekzema
* kolik
* cirit-birit
* sembelit
* susah untuk naik berat badan

Kalau mommy risau bayi ada masalah dengan susu lembu, ini adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:
1. Kalau mommy menyusu bayi, tanya doktor tentang mengurangkan susu lembu dalam diet korang untuk sementara waktu. Kalau bayi minum susu formula, cuba untuk tukar kepada formula hypoallergenic.
2. Bincang dengan doktor dulu sebelum cuba langkah-langkah ini. Mereka mungkin akan periksa simptom pada bayi mommy untuk mengenalpasti masalah mereka. 
Jika doktor suspek yang bayi mommy ada alahan atau intoleransi, doktor mungkin akan rujuk bayi ke pakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0