fbpx

KENALI KARAKTER ANAK MELALUI JENIS DARAH

KENALI KARAKTER ANAK MELALUI JENIS DARAH

Betul ke perwatakan anak boleh kita lihat dari jenis golongan darah mereka? 

Tahukah anda bahawa kita boleh melihat perwatakan dan tingkah laku anak hanya dengan mengenali jenis darah? Dengan mengenali jenis dan karakter  darah ianya serba sedikit boleh membantu ibu-ibu untuk lebih mengenali anak dan memahami perwatakan anak. Jom kita kenali karakter anak melalui jenis darah. 

Petikan ini admin ambil daripada Facebook Aizah Zarirah

kenali karakter anak melalui jenis darah

DARAH A

Karakter anak melalui jenis darah A ni adalah seorang yang mudah ikut kata-kata seorang ibu bapanya, sangat takut berhadapan dengan risiko, dan sangat cermat dalam uruskan sesuatu perkara. Dia pantang jika ada orang yang melanggar peraturan dan dia juga mudah menerima arahan. Seorang yang mudah dipercayai kerana karakter dirinya penuh ketelitian. Seorang yang berwatak serius, tenang dan adakalanya sedikit keras kepala. Untuk ibu bapa, menjaga anak dengan golongan darah A ini anda perlu memberikannya jaminan keselamatan supaya dia percaya bahawa kata-kata anda itu benar

kenali karakter anak melalui jenis darah 1

DARAH B

Jenis karakter anak yang golongan darah b ni pulak seorang yang kreatif. Ada rasa ingin tahu dan tertarik dengan pelbagai hal.

Memiliki kemampuan multitasking yang baik. Menikmati kehidupan dengan santai dan aman. 

Mereka Tak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain berkaitan dirinya. Bagi anak dengan golongan darah B, ibu bapa perlu bebaskan anak memilih apa yang dia suka dari sudut minat dan bakatnya

kenali karakter anak melalui jenis darah 2

DARAH AB

 

Anak dalam golongan darah AB pulak memiliki sikap peribadi yang unik. Dia memiliki sikit sifat dari golongan darah A dan darah B. Walaupun suka berkawan, anak golongan darah AB suka menyendiri. Ibu bapa yang mempunyai karakter anak melalui jenis darah AB perlu faham karakternya dan bertanya apa yang sedang di lakukan.

kenali karakter anak melalui jenis darah 3

DARAH O

 

Karakter anak  menurut golongan darah O
Mereka ni jenis memiliki semangat yang tinggi. Dia akan lebih fokus melakukan sesuatu perkara tanpa bertanya terlebih dulu, selalu buat ikut suka hati! Pendek kata, dia bijak buat keputusan. 

Tapi, jenis karakter anak yang menurut golongan darah O ni pun bijak menutupi kesalahan sendiri tapi tau, dan bila tak boleh nak uruskan sesuatu, dia melarikan diri pulak. 

Karakter anak menurut golongan darah O juga seorang yang pemurah dan berjiwa pemimpin. Tapi ada negatifnya di mana dia seorang yang keras kepala. Bila korang tahu anak jenis darah O, elakkan kata-kata ‘perintah’ kerana mereka tak suka. Tapi ibu bapa boleh meminta bantuan mereka dan mereka mudah berikan pertolongan. Ketika sedang marah berikan dia sedikit waktu untuk tenang

Jadi sebagai kesimpulan tak kira anak mempunyai jenis darah A atau B , AB atau O sekalipun , Sebagai orang tua wajib membentuk anak dengan didikan yang baik dan sebagai ibu bapa kesefahaman dan perhatian yang tinggi amatlah diperlukan oleh anak yang ingin membesar.
 
Semoga Bermanfaat !
 
Lebih perkongsian berkaitan ibu dan anak…
Kredit : Aizah Zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0