fbpx

KEMALANGAN MELIBATKAN KANAK-KANAK!

KEMALANGAN MELIBATKAN KANAK-KANAK!

KEMALANGAN MELIBATKAN KANAK-KANAK!

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan kanak-kanak yang berusia 2 tahun yang meninggal akibat tertusuk pisau.

Mangsa yang dikenali sebagai Nur Qhaisara Medina Supian, disahkan meninggal dunia di Hospital Parit Buntar.

Kisah tragis di atas adalah salah satu daripada rentetan peristiwa menyayat hati kemalangan yang melibatkan kanak-kanak di rumah. Lantas, ibu bapa dan penjaga harus peka dengan keadaan di dalam rumah yang boleh mendedahkan kita atau si kecil kepada bahaya.

Memang rumah dikatakan tempat paling selamat, tanpa disedari banyak kemalangan membabitkan bayi dan kanak-kanak berlaku di kediaman sendiri. Lebih malang ada kecederaan yang mengancam nyawa dan membawa kecacatan seumur hidup.

Dalam hal ini pentingnya ibu bapa atau penjaga mengetahui aspek keselamatan dan bantuan kecemasan seperti peti kecemasan lengkap dengan ubat-ubatan dan boleh digunakan apabila berlaku kemalangan.

Sejujurnya, berapa ramaikah diantara ibubapa yang tahu mengendalikan bayi yang dersedak susu atau tercekik makanan sebelum menghantar anak ke hospital?

“Hakikatnya ramai ibu bapa panik dan tidak tahu apa yang perlu didahulukan apabila anak tercedera misalnya tangan melecur akibat terkena seterika. Akibatnya mereka membiarkan si anak menangis kesakitan atau memberikan bantuan yang tidak sepatutnya iaitu dengan meletakkan ubat gigi atau tepung pada hal ia lebih memudaratkan

Ajal maut memanglah di tangan Tuhan, sebagai manusia kita hanya mampu elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jenis kemalangan di rumah
Sebelum mengetahui jenis pertolongan cemas, ada beberapa jenis kemalangan yang biasa berlaku di rumah dan wajar diberikan perhatian. Antaranya:

1. Tercekik atau tersedak susu

Tercekik boleh berlaku kepada kanak-kanak yang sudah pandai mengutip barang yang ditemui di lantai antaranya kacang, duit syiling, manik, plastik, butang atau permainan kecil. Tersedak susu pula biasanya dialami bayi di bawah usia setahun dan boleh dielakkan menerusi teknik penyusuan yang betul. Apa yang membahayakan apabila bantuan kecemasan tidak diberikan dengan cepat sehingga menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan boleh membawa maut.

2. Melecur

Kanak-kanak boleh alami kecederaan melecur pada anggota badan akibat terkena objek panas seperti air panas, seterika, cerek elektrik, rokok atau api yang sedang menyala di dapur. Sentiasa pastikan anak jauh dari tempat-tempat yang di sebutkan di atas. Kita tak boleh nak elak, tapi kita boleh mencegah

3. Terjatuh, atau tertusuk benda tajam

Terjatuh boleh dimasukkan dalam pelbagai kategori iaitu jatuh dari tempat tinggi seperti katil, buaian, sofa atau almari, terjatuh akibat lantai licin dan terpijak permainan atau tertusuk benda tajam. Pastikan lantai bersih daripada sebarang permainan dan tidak licin.

Akak pernah terbaca 1 artikel dari page Dr K Sashetheran,

Menurut Dr K Sashetheran, untuk setiap kemalangan membabitkan pendarahan perkara paling utama dilakukan adalah mengurangkan pendarahan dan pergerakan. Terdapat perbezaan di antara darah yang keluar secara memancut dan juga mengalir biasa.

“Darah memancut terhasil daripada arteri dan tidak perlu dibasuh. Untuk menghentikan pendarahan, tekan kuat kawasan luka atau mengikatnya dengan kain. Ia berbeza dengan darah biasa yang perlu dicuci dan dibalut kain,” katanya.

Lepas tu untuk melecur akibat terbakar sama ada terkena air panas, api atau minyak, caranya mudah saja. Alirkan air sejuk pada bahagian melecur selama 20 hingga 30 minit. Buangkan bahagian kain menutupi kesan terbakar bagi mengelak ia melekat pada kulit.

Jangan cuba meletak sebarang produk dengan harapan mampu mengurangkan kesakitan seperti ubat gigi atau tepung. Begitu juga sekiranya terkena bahan kimia. Cara paling berkesan adalah dengan mencucinya dengan mengalirkan air ke atas kawasan cedera seberapa lama yang boleh.

PENTING!

1. Pastikan menyimpan ais di rumah kerana ia boleh digunakan untuk merawat bengkak.

2. Peti kecemasan diisi lengkap dengan barang asas seperti kapas, minyak dan pembalut luka.

3. Belajar teknik asas bantuan kecemasan seperti bantuan pernafasan (CPR) dan cara merawat pendarahan.

4. Jangan panik! Segera telefon nombor kecemasan 999 sebelum membuat sebarang rawatan. Ini memastikan ambulans tiba cepat. Letak no phone kecemasan di peti ais magnet.

5. Cegah kemalangan. Elakkan ia berulang kembali di rumah.

Semoga kita ambik iktibar dari apa yang berlaku, dan sentiasa beringat.

Semoga perkongsian akak juga bermanfaat untuk awak semua.

 

Kredit Aizah Zarirah

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA. Salam perjuangan ibu menyusu semua! Apa kabar hari ini? Moga ibu semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan. Untuk ibu yang sedang berjuang maintain menyusukan anak tetapi mahu susu maintain tidak berkurang. Kak eja

Read More »

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA? Ibu yang menyusukan anak tentu risau kalau susu bdan drop ketika bulan puasa kan? Walaupun agama islam tak mewajibkan mereka untuk berpuasa tapi tak semua ibu memilih untuk tidak berpuasa. barangkali mereka berasa segan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0