fbpx

Cara Mengatasi Lidah Bayi Putih ?

Menjadi seorang ibu bukanlah suatu kerja yang mudah. Tambahan apabila timbulnya masalah kesihatan atau masalah lidah putih pada si manja, Ibu merupakan orang pertama yang risau dan bimbang. Jom admin kongsikan Bagaimana cara mengatasi lidah bayi putih. 

Biasa la kita ni mak-mak ni mudah risau. Kena pulak bila orang tua-tua kata lidah putih ni kulat nanti susah nak menyusu.Dah boleh bayang kegelisahan ibu. Jadi apa yang korang perlu buat bila jadinya putih-putih pada lidah bayi?

1. Pastikan sama ada jangkitan kulat atau lapisan susu.

Ambil kain lembap yang bersih dan bersihkan lidah bayi yang putih . Andai kata ia mudah di bersihkan, jangan risau. Ia hanya lapisan susu. Sekiranya sukar untuk di bersihkan, ia kemungkinan jangkitan kulat. Biasanya bayi akan menunjukkan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi sewaktu menyusu. Dapatkan rawatan doktor segera.

2. Cuba bersihkannya.

Bersihkan guna kain lampin yang bersih. Celup dengan air suam dan bersihkan lidah bayi yang putih perlahan-lahan.

3. Utamakan rutin kebersihan sebelum dan selepas menyusu.

Selain kebersihan lidah bayi, ada juga yang perlu di titiberatkan kebersihannya seperti puting ibu atau puting silikon yang di gunakan setiap kali menyusu qgar dapat membantu mengatasi lidah bayi menjadi putih dan masalah kulat.

4. Minimakan risiko pada persekitaran.

Tahu je la bayi. Asal main mesti ada yang nak masuk dalam mulut. Jadi pastikan alatan mainan bayi di cuci dan di bersihkan menggunakan air panas mendidih sekerap mungkin

5. Ketahui tanda bahaya.
Sebaiknya setiap kali selepas menyusu, bersihkan lidah bayi untuk mengelakkan lebihan susu terkumpul di lidah bayi. Jika tidak bertindak dari awal, susu terkumpul tersebut boleh mengakibatkan jangkitan. Lebih teruk, bayi demam akibat dehidrasi.
Jadi ibu perlulah pastikan bayi kekal cergas dan sihat dan manfaatkan susu ibu kerana Susu yang berkualiti dapat bantu bina sistem imun yang mantap buat bayi.
Semoga tips admin kali ini boleh membantu ibu-ibu  untuk menangani masalah lidah bayi putih.
Semoga Bermanfaat !

Jom Follow kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0