fbpx

Banyakkan Susu Ketika Berpuasa

Jom  BACA 9 TIPS agar banyakkan susu ibu ketika berpuasa agar kekal bertenaga, kurang rasa lapar dan penghasilan susu badan tak terjejas.

Antara Tips-Tips banyakkan Susu Ketika berpuasa ialah:

1. Makan banyak Kurma.
Jangan sesekali tinggalkan kurma ketika berbuka dan bersahur. Zat dan nutrisi pada buah kurma dapat membekalkan tenaga berpanjangan pada badan. Ambil sekurangnya 1-3 biji pada waktu berbuka dan 5 biji ketika bersahur.

2. Wajib Sahur. 
Jangan malas bangun sahur. Waktu terbaik untuk ibu bersahur adalah SEJAM SEBELUM waktu imsak. Supaya ibu rasa kenyang lebih lama. Ambil makanan berat seperti nasi atau oat ketika bersahur.

Jom try Resepi Sahur Oats untuk tips banyakkan susu ketika berpuasa.

Jom TRY Resepi sahur dari bijirin oat yang sedap. Ianya berikan tenaga dan rasa kenyang yang panjang. Disamping baik untuk pelawasan. Cara buat boleh refer pada gambar.

resepi oats

Bahan-Bahan:

bahan-bahan

1 cawan bijirin Oat
1 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
1 sudu besar perisa Yogurt Asli
1 batang pisang 
3 biji Kurma
Blend kesemua. Sedia untuk diminum.

3. Jangan makan Pedas.

Untuk banyakkan susu ketika berpuasa, ibu-ibu sebaiknya elakkan ambil makanan terlalu pedas ketika bulan berpuasa. Sebab makanan pedas buatkan badan berangin dan sebu pada siang hari. Sedikit sebanyak boleh mengganggu penghasilan susu badan.

4. Minum 2 Liter Air.
Pastikan minum air sekurangnya 2 liter. Ambil dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. 
Cadangan; 
1 gelas ketika berbuka, 
1 gelas sebelum isyak, 
1 gelas selepas isyak, 
1 gelas moreh, 
1 gelas sebelum tidur, 
1 gelas ketika bangun sahur dan 
2 gelas sebelum imsak.

5. Elak Kafien.
Jauhkan dari mengambil air yang mengandungi kafien seperti kopi, teh, coklat dan soda. Kafien bersifat diuretic yang jadikan kita kerap buang air. Jadi, badan akan kehilangan air dengan cepat.

6. Mindset Positif.
mindset positif amat penting untuk membanyakkan susu ketiak berpuasa. Otak penyumbang utama dalam penghasilan susu badan. Jadi, sentiasa fikir susu badan anda banyak dan cukup untuk anak.

7. Amalkan Doa dan Zikir.
Amalkan membaca surah Al-Baqarah ayat 60 sambil usap payudara dan berdoa dalam hati supaya dimurahkan rezeki susu untuk anak.

Juga boleh amalkan berzikir ‘Ya Matin’ yang bermaksud Maha Sempurna kekuatannya sebanyak 70 kali pada waktu subuh dan malam untuk memperbanyakkan susu badan.

Mohon kepada Allah agar dibantu dan dipermudahkan niat dalam menjalankan ibadah serta tanggungjawab sebagai ibu.

JOM amalkan doa dan amalan pada gambar dibawah.

Doa dan zikir banyakkan susu badan
Doa dan zikir banyakkan susu badan 2
Doa dan zikir banyakkan susu badan 3

8. Jaga Jadual Pam.
Lakukan jadual pam seperti biasa. Jangan panik sekiranya susu drop untuk permulaan. Ianya akan kembali normal selepas beberapa hari. Ikut pengalaman kak Eja hanya 2-3 hari.

Cadangan jadual pam ketika berpuasa;

– Pam sebelum sahur (contoh bangun kul 3.45 pagi. Pam 20 minit kemudian baru sediakan makan sahur untuk keluarga).
– Pam selepas subuh atau Pam pukul 8 pagi.
(ikut kesesuaian ibu di tempat kerja)
– Pam ketika waktu lunch 1 ptg. Kemudian terus solat zohor.
– Balik kerja dan waktu malam bagi susu direct pada anak.

9. Bonus Tambahan ibu-ibu boleh mengambil MilkBooster sebagai membanyakkan susu ketika berpuasa.
Pilih makanan dan minuman yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan seperti bayam, sayur sawi batang putih, pegaga, lobak, susu, horlick sebagai salah satu menu hidangan berbuka.

Ibu juga boleh amalkan MilkUp Candy. Supplement penggalak susu yang diperbuat dari makanan sunnah. Ada susu kambing, kurma, pegaga, halba, habbatusauda, delima, gam arab, strawberry dan Omega-3. Rasa yang sangat sedap seperti gula-gula strawberry.

MilkUp Candy dapat beri tenaga pada badan ibu disamping meningkatkan penghasilan susu ibu ketika berpuasa.

Moga bermanfaat!

Tekan butang #share untuk sebarkan info pada ibu-ibu yang lain agar tidak berhenti penyusuan badan ketika berpuasa. Moga kita sama-sama dapat bantu para ibu meneruskan penyusuan anak sehingga 2 tahun seperti disarankan dalam islam.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0