fbpx

Anak terdera emosi? adakah itu anak-anak kita?

Anak terdera emosi? adakah itu anak-anak kita?

Apa jenis dera yang Kak ekin maksudkan siang tadi.

Haah, tak habis lagi rungkai pasal dera tu. Tetiba teremosi pulak bila cakap pasal anak-anak ni.

Kak ekin takut, 
Mana tahu dalam hati kecil mereka tu tersimpan satu perasaan kecil hati pada kita as a parent.

Dan ni maksud penderaan yang Kak ekin nak ceritakan tadi.

Mak ayah semua bolehlah baca. 
Mana tahu sedikit sebanyak kita sedar dimana silap kita yang selama ni kita tak nampak.

#kakekinkongsiinfo

kredit kak ekin

1. Selalu abaikan dan tak tunjuk reaksi pada anak. (Ignorance & expressionless reaction)

Bila anak tunjukkan sesuatu hasil kerja diorang, kita selalu tolak untuk tengok.
Kalau tengok pun dari hujung mata. Pastu cepat-cepat mata beralih tengok hp balik, tak pun kat tv.
Apa mereka rasa?
Kalau kita yang tua pun tahu kecik hati bila orang buat macam tu. Mereka pun sama sebenarnya.
Naluri manusia ni sama.
Tanpa sedarkan..
Kita dah dera mereka macam ni.
Pastu kita tak bagi mereka peluang untuk buat keputusan sendiri. Kita paksa mereka untuk dengar cakap kita.
Contohnya,
Kita paksa mereka untuk pakai baju dari pilihan kita, padahal pilihan anak haritu nak pakai baju superman. Tapi kita sanggah permintaan mereka dan cakap “tak payah” sambil hulur baju lain.
Merajuklah budak tu. 
Bila mereka kat dunia luar nanti, jangan salahkan anak kalau mereka tak pandai berdikari. 
Tak pandai ambil makanan sendiri, 
Tak pandai beli kat kantin.
Sebab kita yang latih dari awal supaya mereka tak berdikari. Baju mereka pun kita yang selalu pilih tiap hari mana nak patut dipakai harini, esok dan seterusnya.
Sampai satu tahap, anak tak berani nak ambil sendiri walaupun kita suruh. Sebab mereka dah terbiasa.
.
.
Kak ekin pun kadang-kadang tak dapat lari dari buat perkara ni.
 

2. Rendah-rendahkan anak depan orang lain

Pernah tak bila kita dengan kawan-kawan dan bawak anak sekali dengan kita.
Pastu, kawan tu pulak puji anak kita.
“Baiklah anak kau ni. Diam je duduk. Tak membuas macam budak-budak lain.”
Tapi dibalasnya kita dengan ayat yang boleh singgungkan perasaan anak.
“Baik apanya, kalau kat rumah ni tak dengar kata langsung. Menyepah je kerja. Lari sana sini macam takde tempat nak duduk.”
Apa anak rasa?
Ya allah.. Kecik hatinya aku.
Terus tarik muncung sebab kecewa dengan ayat mak tu tadi.
Padahal niat mak ni taknak menunjuk sangat kekononnya yang anak dia ni behave.
Cakap jelah ayat yang boleh sedapkan hati anak.
“Memang pun. Dia kat rumah macam ni lah. Tak pernah menyusahkan aku.”
Kan sedap bunyinya.
Takpun keluar ayat mengejek depan orang ramai,
“Makan comot. Tak malu betul, bukannya budak kecik lagi.”
Apa anak tu rasa? 
Malu..
Rendah diri..
Hilang keyakinan diri..
Nak ke bila tua nanti anak-anak balas benda yang sama pada kita?
Jangan dera emosi mereka.
.
.
Kak ekin dulu pun khilaf.
Pernah terlanjur cakap macam ni. Tapi bila belajar, belajar dan belajar. Baru Kak ekin faham benda tu salah sebenarnya.
Benda tu boleh bunuh dan dera emosi anak-anak dalam diam.
Sekarang ni kalau Kak ekin kemana-mana dan ada orang tegur pasal anak-anak. Kak ekin akan cakap alhamdulillah blaa..blaa..blaa je.
Takpun kalau dengan kenalan rapat. Depan anak Kak ekin akan cakap baik-baik je padahal kat belakang ni, Kak ekin dah mula main bahasa isyarat guna tangan dan buat mimik muka.
Jangan psiko mereka dengan ayat yang tak elok.

3. Ragui dan menidakkan apa yang anak beritahu (Gaslighting)

Pernah tak bila anak balik sekolah.
Anak cerita kat kita.

“Mama, tadikan kawan adik makan roti yang adik beli kat kantin. Sikit pun adik tak sempat makan.”

Tapi dibalasnya kita,
“Takpelah. Biarkan jelah kawan, biasalah tu.”

Apa perasaan anak masa tu?
Sedih sangat sebab cerita mereka disahut dengan jawapan yang tidak menenangkan hati. Jawapan yang tidak kurangkan rasa sedih kehilangan roti tadi.

Jangan..
Jangan macam ni ye. 
Kak ekin tahu budak-budak ni suka sangat ambil yang kawan-kawan. Berkenan kat mata mereka, terus ambil.

Tapi jangan sebab kita tahu itu situasi biasa budak-budak, kita boleh jawap acuh tak acuh je atau marah anak tu balik.

Takpun, anak cerita kat kita.
“Mama, malam tadi kan, adik nampak nenek tua kat dapur kita.”

Tapi kita balas, “Mengarutlah, nenek tua datang dari mana pulak.”

Sikap mak ayah macam nilah buat anak-anak kurang percaya pada diri,
Mereka jadi keliru dengan diri sendiri.
“Betul ke aku cakap ni salah.”

Peluk dan pandang mereka sambil cakap pada anak yang kita sentiasa ada dengan dia.
Beri kata-kata semangat untuk mereka supaya lain kali dia kuat untuk berhadapan dengan kawan yang suka membuli atau perkars menakutkan yang mereka nampak.
.
.
Kak ekin ada story,
Zaman kecil Kak ekin dulu pernah tidur dengan sepupu. Dan malam tu dia menangis cakap nampak hantu rambut panjang, baju putih lusuh.

Menangis sambil tunjuk ke ruang tingkap yang kecil. Tapi datang ibu dia, ibu dia cakap takde pape pun, hanya mimpi.

Keesokkan harinya, si ibu jadikan cerita sepupu malam tu sebagai bahan gelak ramai-ramai dengan yang lain-lain.

Apa perasaan dia?
Terasa hati sampai sekarang. 
Keliru dengan apa yang dia lihat. Padahal memang dia betul-betul nampak malam tu.

Lepas kejadian kena gelak. Memang dia tak pernah buka cerita tu lagi kat sape-sape. Mungkin sebab dia rasa dia hanya bermimpi.

Tapi Kak ekin rasa, si ibu cakap macam tu untuk sedapkan hati. Tapi silap langkah bila cerita hantu tu dijadikan bahan gelak ramai-ramai.

4. Anak ibarat bercakap dengan dinding (Stonewalling)

Ni kes sama macam no.1 tadi.
Anak bercakap dan tanya tapi seolah-olah mereka bercakap dengan dinding. 

Anak tanya soalan, kita lambat-lambatkan untuk menjawab.
Anak tanya soalan lain, kita jawab lain yang takde kena mengena dengan soalan anak.

Anak suruh kita lukis seekor burung atas kertas.
Kita marah dan suruh main jauh-jauh.

Sampainya hati kita kan.
Lebihkan perhatian pada benda lain berbanding anak-anak.

Sebab tulah ada istilah, “gadget ditatang, anak sendiri dianaktirikan.”

Kesian mereka.
Kualiti masa dengan mereka kita tak gunakan sebaik mungkin.
Kita abai kata-kata mereka.
Kita abai perhatian mereka.
Kita abai keinginan mereka.
Dan inilah penderaan yang Kak ekin maksudkan.

5. Mak ayah yang banyak complaint (Hypercritical)

Anak tersepak batu sampai nak rebah, kita marah cakap mata letak tepi.
Anak bersepah, kita marah dikatanya sakit mata tengok sepah-sepah.
Anak menangis bergaduh, dikatanya manja tahap gaban.
Anak pakai baju dan seluar macam badut tak sama warna, dikatanya buruk.
Anak masih tak pandai baca, dimarahnya sampai menangis-nangis budak tu.
Anak makan sampai baju ikut comot, marah sambil cakap tak reti nak makan elok-elok.

Semua nak sempurna.
Semua nak nampak elok.
Padahal kita tahu, itu anak kecil. Anak kecil yang masih dalam proses belajar. 
Masih dalam proses meneroka sesuatu benda.

Janganlah banyak sangat complaint pasal anak padahal zaman kita budak-budak dulu pun, kita secomot itu juga. 

Jangan ada sifat tidak bersyukur dengan nikmat kehadiran seorang anak buat kita. 
Kekurangan mereka tu kita boleh ajar dengan kata-kata dan cara y

6. Diamkan kesilapan anak-anak.

Guru mengadu anak kita tak buat kerja sekolah, kita buat tak tahu.
Guru mengadu anak kita bantai kawan, kita buat tak tahu.

Sampai satu tahap, mak ayah anak lain mengadu anak kita suka ambil bekal anak dia. Kita sergah mereka balik sambil marah-marah.

Nak protect anak bukan cara macam ni.
Banyak lagi cara sebenarnya.

Jangan sampai sikap tak tahu kita tu nanti akan memakan diri.
Esok-esok anak bebas buat apa saja sebab dia tahu, dia ada mak ayah yang “tak tahu”.

Cuba..
Cuba slow talk dengan anak. Tanya mereka kenapa buat macam tu. 
Tanya mereka apa masalah mereka sampai jadi begitu. Cakaplah dari hati ke hati.

Kalau tak jalan jugak, pukullah mereka sebagai pengajaran. Bukan pukul sebagai dera.

 

7. Kurang tunjukkan sayang dan sokongan

Mak ayah yang ego..
Susah nak cakap “Mak sayang adik”

Mak ayah yang ego..
Bila anak tunjukkan markah periksa, kita jawab “Alahh, bukannya dapat A lagi pun.”

Kecewa tak anak?
Ya kecewa..
Diam tak diam kita dera mereka.
Sampai masa nanti, mereka dah taknak kongsikan apa-apa lagi dengan kita.

Sampai satu tahap, mereka susah nak ucapkan terima kasih pada kita yang selama ini dah besarkan mereka.

Kerana silap kita.
Susah memuji anak-anak dalam semua perkara.

“Baik aku diam daripada bagitau mak ayah. Cakap pun tak guna. Sama je.”

Bahaya tu mak ayah semua.
.
.
Semoga post ni dijadikan ikhtibar untuk kita sedikit sebanyak sebagai seorang mak ayah.

Aaminn..

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA. Salam perjuangan ibu menyusu semua! Apa kabar hari ini? Moga ibu semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan. Untuk ibu yang sedang berjuang maintain menyusukan anak tetapi mahu susu maintain tidak berkurang. Kak eja

Read More »

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA? Ibu yang menyusukan anak tentu risau kalau susu bdan drop ketika bulan puasa kan? Walaupun agama islam tak mewajibkan mereka untuk berpuasa tapi tak semua ibu memilih untuk tidak berpuasa. barangkali mereka berasa segan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0