fbpx

ANAK DAH 8 BULAN MASIH TAK TUMBUH GIGI?

ANAK DAH 8 BULAN STILL TAK TUMBUH GIGI?

anak tak tumbuh gigi

Tapi sebelum mommy terlebih panik, ini apa yang mommy perlu tahu. Setiap anak memiliki fasa perkembangan dan pertumbuhan yang berbeza-beza. Adalah sebaiknya ibu bapa janganlah membuat perbandingan dengan anak orang lain. Ada yang pandai jalan dulu, ada yang cepat tumbuh gigi dulu.

Akak ada terbaca 1 artikel ni tau. Baby umur 8 bulan belum tumbuh gigi adalah satu kedaan yang normal. Asalkan si kecil itu sudah mampu merangkak dengan aktif dan duduk dengan sendiri.

Ada je baby yang berumur lapan bulan dah pandai belajar berdiri dengan cara meniti di tepi dinding sambil memegang sesuatu untuk menahan tubuhnya. So, usah khuatir kerana kemampuan duduk ini masih normal sehingga anak umur sembilan sampai 12 bulan.

Biasanya, gigi pertama akan mula tumbuh masa baby berumur enam hingga sembilan bulan.
Pertumbuhan gigi ini akan dimulai dari gigi depan bahagian bawah. Kemudian disusuli dengan gigi depan bahagian atas. Selepas itu diikuti pula dengan pertumbuhan gigi belakang.

Tips langkah awal membantu pertumbuhan gigi simanja:

1. Berikan anak minum susu yang mempunyai nutrisi seimbang. Kalau anak minum susu badan, bagi juga si kecil itu minum susu formula.

2. Beri baby mainan gigit (teether) untuk membantu merangsang pertumbuhan giginya. Ia boleh diberikan sejak umur lima bulan dan carilah teether yang mengandungi bahan selamat.

3. Pastikan makanan yang disediakan untuk anak mengandungi kalsium yang tinggi seperti ikan laut atau sayur-sayuran.

Perkongsian dari seorang ibu kepada ibu ❤️

KREDIT : AIZAH ZARIRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0