fbpx

7 TIPS AJAR ANAK MINUM SUSU DENGAN BOTOL

7 Tips Ajar Anak Minum Susu Dengan Botol

Next week dah mula kerja. Anak pulak asyik reject botol susu. Puas dah cuba macam-macam botol susu. Runsingnya nak tinggalkan anak pada babysitter!

Selalu perkara ni jadi bila ibu lambat ajar anak minum susu dengan botol. Dari hari pertama anak lahir sampai habis cuti bersalin 100% direct susu badan.Jom Admin Kongsikan tips ajar anak minum susu dengan botol yang telah dikongsikan oleh Puan Nurasyikin ali.

Tak dinafikan memang bagus beri susu direct pada anak. Tapi risau jika berlaku kes-kes sebegini.

Lagipun, Kak ekin sendiri pun seorang ibu bekerjaya. So, faham sangat perasaan ibu-ibu bila berlaku macam ni.

Jangan salah faham, guna botol bukan maksud Kak ekin pakai susu formula tau. Tapi susu badan yang dipam dan dimasukkan ke dalam botol.

Jadi, bagi ibu yang nak atasi masalah diatas. Apa kata cuba 7 tips yang kak ekin kongsikan dibawah. Scroll sampai akhir tau. Banyak info best pada setiap gambar.

Semoga bermanfaat.

tips ajar anak minum susu dengan botol

Biasanya masa yang sesuai untuk ajar bayi menggunakan botol susu adalah pada usia 4-6 minggu.

Kalau ajar terlebih awal, takut bayi keliru puting pulakkan dan kalau terlewat, bayi memang taknak langsung menggunakan botol kerana dah serasi isap direct.

Permulaan ajar menggunakan botol, ibu perlu beri susu badan yang baru dipam dan bukannya susu badan yang disimpan ditempat beku.

Ini disebabkan oleh sebelum ni bayi dah terbiasa hisap susu fresh, jadi bila terus bagi susu EBM tu mungkin dia akan menolak. Susu EBM rasanya tak sama seperti yang fresh tau. 

So, susu EBM tu boleh digunakan bila bayi betul-betul bersedia untuk menggunakan botol.

Jangan lupa untuk tuliskan tarikh disetiap susu EBM ibu-ibu.

tips ajar anak minum susu dengan botol 1
tips ajar anak minum susu dengan botol 2

Biasanya Kak ekin dengar ibu-ibu beritahu mereka akan mula beri botol ketika bayi betul-betul lapar. Dalam kes ni perkara begitu silap tau.

Ibu perlu beri botol ketika bayi belum lapar. Maksud Kak ekin, terus suakan botol ketika bayi menunjukkan tanda awal lapar. Jangan tunggu sehingga dia menangis.

Masa tu memang bayi taknak langsung botol.

Posisi menyusu tu kena betul tau. Ibu ambil dan pangku bayi tu elok-elok. Tinggikan sedikit kepala dia dan tengok samada bayi selesa atau tak.
Kalau tak selesa, bayi pun taknak hisapkan. So, masa bagi susu menggunakan botol tu, tuang perlahan-lahan supaya aliran susu tak terlalu laju. Inikan proses permulaan, jadi jangan tergopoh sangat.
tips ajar anak minum susu dengan botol 3
tips ajar anak minum susu dengan botol 4
Yang ni penting dalam proses mengajar. Ibu-ibu kalau boleh minta bantuan orang lain untuk berikan pada bayi. Tak kiralah suami ke, mak ke, atau adik. Janji bukan kita.
Sebab apa tau, bayi dah terbiasa dengan bau badan kita. Jadi, kalau kita yang bagi botol. Memang bayi akan mengamuk dan tolak botol tu. 
Tapi kalau dengan orang lain, elok je dia hisap sebab bayi pun ada perasaan dan tahu ibunya tiada disitu.
Biasanya masalah puting botol tu juga pengaruhi bayi untuk tidak mahu menggunakan botol.
Jadi, apa kata ibu cuba tukar puting tu dengan menggunakan puting yang seakan-akan sama dengan puting ibu. Mana tahu berkesan.
Kalau ibu nak pakai avent atau tommie tippie boleh ambil yang lubang satu. Supaya aliran susu seakan payudara ibu.
tips ajar anak minum susu dengan botol 5
tips ajar anak minum susu dengan botol 6
Jika ibu dah menukar puting susu tu tapi bayi masih menolak. Kak ekin sarankan cuba menggunakan ‘Spoon feeder’.
Kadang-kadang bayi ni bukannya mahu menghisap puting sangat, tapi bayi mahukan susu tu.
Maksudnya, bila menggunakan ‘Spoon feeder’ ni, susu akan senang keluar dan boleh memaksa bayi untuk minum. 
Kalau hantar kerumah pengasuh dan anak masih tidak biasa dengan botol serta tidak pernah diajar menggunakan ‘Spoon feeder’, mungkin akan menyukarkan pengasuh untuk beri susu kerana puting susu perlu ditekan barulah susu akan mengalir keluar.
Tapi dengan ‘Spoon feeder’ ni, pengasuh dah tak perlu tekan untuk keluarkan susu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0