fbpx

7 KESALAHAN BIASA IBU BUAT KETIKA SIMPAN SUSU BADAN

7 KESALAHAN BIASA IBU BUAT KETIKA SIMPAN SUSU BADAN DAN TAK SEMUA IBU MAMPU BERI SUSU BADAN SECARA TERUS PADA ANAK TERUTAMA BAGI IBU YANG BEKERJA ATAU 'EP MOM.

Tak semua ibu yang dapat keistemewaan dan mampu untuk memberikan susu badan yang berterusan pada anak atau si manja. Sebagai seorang ibu, susu ibu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan sangat berharga bagi seorang yang bergelar ibu.

Tapi, kalau salah cara urus susu badan yang dah di perah, akan berisiko nutrisi susu berkurangan. Yang paling risau jika sebabkan keracunan pada anak.

Oleh itu, harini admin nak kongsikan perkongsian yang telah dikongsikan oleh  Kak  Ekin tentang beberapa cara penyimpanan susu badan yang kurang tepat dan kerap kali dilakukan sambil lewa oleh kita semua.

Semoga bermanfaat.

7 kesalahan yang biasa ibu buat ketika simpan susu badan 1

Susu badan ni elok kerana lindungi bayi dari bakteria berbahaya. Tapi kalau botol susu tu sendiri tidak dicuci dengan elok, boleh lindungi atau bahayakan anak?

Kalau nak tahu, botol susu bayi ni boleh jadi tempat pembiakan bakteria jika tak dicuci dengan betul.

Macam mana nak cegah semua tu?

Ok, ibu-ibu lepas je guna botol susu. Tak kiralah botol kaca ke, plastik ke. Terus rendam dalam air suam dan di tos kering.

Boleh juga basuh guna sabun khas untuk botol bayi. Tapi pastikan botol dibasuh bersih sehingga bebas bau, rasa dan warna.

Ibu-ibu boleh juga cuci dengan garam dan air suam. Masukkan dalam botol tu dan goncang-goncang sikit.

Sebaiknya, seminggu sekali steril kesemua botol dan puting dengan air panas.

7 kesalahan yang biasa ibu buat ketika simpan susu badan 2

Kalau bolehlah, jangan terlalu lama simpan susu badan di tempat beku tu. Pastikan letak tarikh pada setiap susu yang ibu pam.

Sepatutnya susu ibu ni bekalkan nutrien untuk anak lawan serangan daripada pelbagai penyakit, tapi bila dah terlalu lama simpan, susu tu akan kurang atau hilang nutrien penting untuk anak.

Berapa lama tempoh yang disarankan untuk simpan stok susu tu?

Nanti ibu boleh scroll bawah untuk tengok tempoh untuk simpan stok susu. Ianya bergantung pada peti sejuk tau.

7 kesalahan yang biasa ibu buat ketika simpan susu badan 3

Simpan susu dalam plastik ni ramai ibu yang buat. Betul tak? Ada kak ekin tengok yang simpan dalam plastik aiskrim atau dadih.

Boleh, bukan cakap tak boleh. Tapi, pastikan plastik tu tak bocor dan bebas bahan kimia atau BPA-Free. 

Kalau plastik bocor, bakteria mudah membiak dan bila guna plastik BPA-Free ni, ianya lebih selamatuntuk bayi.

7 kesalahan yang biasa ibu buat ketika simpan susu badan 4

Kalau boleh jangan letakkan sekali dengan makanan mentah seperti daging dan ikan kerana khuatir bakteria akan berpindah ke susu yang disimpan.

Pastikan susu ditutup dengan rapat dan jangan simpan secara terbuka.

Biasalah, kadang-kadang ibu macam kita ni boleh buat semua benda dalam satu masa. Masa tulah nak pegang daging, masa tu jugalah nak buat susu anak. Jadi elakkan daripada pegang gunakan tangan yang sama dan tak cuci dengan bersih.

Yang ni kadang-kadang ada yang buat. Konon-konon nak berjimat dan tarikh luput susu lambat lagi, jadi ada yang tuangkan sikit untuk dicairkan dan simpan balik bakinya.

Tu salah ye mommy.

Bila susu yang dah dibuka tidak boleh digunakan balik kerana mudah dicemari bakteria. 

Andaikata susu tu belum habis, terus buang dalam sinki.

 
 
 
7 kesalahan yang biasa ibu buat ketika simpan susu badan 6

Elakkan daripada pam susu badan dengan tangan kotor.

Bersihkan dulu tangan tu barulah boleh pegang alat pam. Ini bagi mengelakkan bakteria membiak dan masuk kedalam susu yang dipam tadi.

7 kesalahan yang biasa ibu buat ketika simpan susu badan 7

Ada ke yang guna cara ni?

Cairkan susu dengan microwave dan didihkan didalam air mendidih. Cara ni salah ye mommy.

Memang nak cairkan susu beku ambil masa yang lama, tapi jangan pula guna cara-cara ni. Bila didihkan susu, nutrien didalamnya sudah tiada dan susu tu sudah tak beri apa-apa kebaikan pun pada anak.

Seeloknya gunakan air suam atau alirkan dengan air paip.

Jadi untuk mendapatkan bekalan susu yang baik, penjagaan ketika menyimpan susu amatlah penting untuk kegunaan anak2 supaya susu badan yang dibekalkan sentiasa berkhasiat dan mempunyai zat zat yang terbaik untuk si manja.

Jom Admin kongsikan juga Jadual tempoh penyimpanan susu badan yang boleh membantu ibu-ibu dalam proses menyimpan susu badan.

7 kesalahan biasa ibu buat ketika simpan susu badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0