fbpx

6 Kebaikan Dengan Membedung Bayi

kebaikan membedung bayi

Ramai ibu masih tidak tahu bahawa pelbagai kebaikan dengan membedung bayi dapat diperoleh bagi membantu si manja anda !

Dalam zaman 2018, Tradisi membedung bayi makin lapuk dek zaman kerana ada segelintir ibu yang merasa membedung bayi merupakan satu adat dan tidak membawa kebaikan terhadap si manja. Tahu kah ibu bahawa banyak kebaikan dengan membedung bayi yang ramai tidak tahu .

Pengkongsian kali ini admin kongsi info yang dipetik  daripada facebook Info Ibu dan Bayi. 

Semoga Bermanfaat !

1) Bayi yang masih kecil perlu dibedung. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan bunyi bising di sekelilingnya.

2) Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi tersa seperti di dalam rahim ibunya..

3) Dengan membedung bayi juga dapat membantu mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri , terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.

4) Selain itu, membedung juga dapat mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan kehangatan pada tubuh bayi serta mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.

5)Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.

6) Akhir sekali, Membedung dapat membantu proses penyusuan susu ibu dengan mudah apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.

Jadi membedung merupakan satu kaedah yang sangat berguna dan boleh membantu si manja anda.

DIKONGSI DARIPADA : FACEBOOK INFO IBU DAN BAYI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0