fbpx

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA.

Salam perjuangan ibu menyusu semua! Apa kabar hari ini? Moga ibu semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan. Untuk ibu yang sedang berjuang maintain menyusukan anak tetapi mahu susu maintain tidak berkurang.

Kak eja ada 5  tips ‘maintain’ susu badan semasa berpuasa yang nak dikongsikan untuk ibu semua yang sedang berpuasa dalam masa yang sama masih menyusukan simanja.

Mari kita selongkar sikit rahsia menjayakan penyusuan ketika ibu berpuasa di bulan Ramadhan.

Teruskan bersama kak eja untuk tips dan topic penyusuan ❤️

Klik gambar untuk setiap penerangan 🤗

1. MINUM AIR SECUKUPNYA

Petua hebat penyusuan esklusif dua tahun adalah antaranya minum air banyak! Jadi ibu perlu kekalkan kuantiti minum air banyak ini walaupun sepanjang berpuasa. Kekalkan minum lebih 2 liter atau 8 gelas air sehari untuk susu maintain.
Lebih elok lagi, ibu menyusu boleh minum setiap 1 jam di luar waktu berpuasa. Sediakan juga segelas air bagi setiap kali sebelum dan selepas mengepam.
Note: Kita ambil 1 mug =250ml air
* 8 mug = 2 liter air
* Jam 4.00 am – minum 1 mug
* Sahur – 2 mug
* Berbuka – 2 mug
* Sebelum Terawih – 1 mug
* Selepas Terawih – 1 mug
* Sebelum tidur – 1 mug
Nimum sikit-sikit tapi kerap okay 🤗

2. LEWATKAN SAHUR

Lewatkan sahur bukan bermakna ibu tak perlu sahur. Sahur adalah wajib untuk ibu menyusu. Lewatkan bersahur supaya ibu tak terlalu cepat rasa lapar pada waktu siang.
Ibu perlukan tenaga dan kalori untuk menghasilkan air susu ibu sepanjang berpuasa nanti. Oleh itu, jagalah waktu bersahur ok 😘
Note: Salah satu menu yang simple tetapi cukup berkhasiat yang mudah untuk disediakan untuk ibu adalah overnight oats atau jus susu kurma
Untuk karbohidrat, boleh amalkan makanan Glisemic Index (GI) rendah kerana makanan ini akan melepaskan tenaga secara perlahan-lahan, contohnya:
* pasta
* bijirin
* roti wholemeal
* yogurt rendah lemak
* beras perang
* oat 
* gandum
Pastikan juga, ibu mengambil protein yang secukupnya seperti daging, telur, kekacang, tempe

3. IFTAR ( BERBUKA PUASA )

Lebih berkesan untuk maintainkan susu badan percepatkanlah berbuka puasa pada waktunya. Jangan berlengah. Dahulukan memakan buah kurma ketika berbuka puasa kerana buah kurma memberi tenaga lebih cepat. Kemudian, makanlah dengan makanan karbo seperti nasi, roti dan sebagainya. Minum air lebih kurang 2 mug. Waktu Moreh juga ibu boleh jamu diri dengan makanan Moreh. Pasti meriah bukan? 
Ingat, jangan nak berdiet atau skip makan ya. Ibu menyusu ibaratnya makan untuk dua orang makan. Jadi tidak mengapa jika makan banyak dan kerap seperti makan untuk dua orang makan. Yang penting, uols keep breastfeeding okay! 😉

4. PAM DENGAN KONSISTEN

Sebenarnya, lebih banyak bayi menyusu, lebih banyak ibunya menghasilkan susu. Ia dipanggil faktor ‘rangsangan hisapan’. Kalau ibu-ibu bekerja, ibu-ibu mesti tetap patuhi jadual mengepam seperti biasa supaya sentiasa ada demand terhadap susu ibu. Bila ada demand, adalah supply. 

Tapi, kalau ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, cuba tambahkan sesi mengepam pada waktu malam.
Dalam kesibukan bersahur juga, jangan lupa mengepam kerana pada waktu tersebut kadar hormon prolaktin tinggi. Maka kuantiti susu juga biasanya lebih ‘meriah’ berbanding waktu lain.

5. MINDSET

Ni adalah tips yang terakhir. 
Pastikan mindset ibu supaya sentiasa positif. Ini cara yang terbaik untuk maintainkan susu badan. Dalam menjayakan penyusuan susu ibu, mindset ibu adalah yang utama.

Kalau nak hasil yang positif, ibu pun perlu sentiasa kekal positif dan sebaliknya.
Tanamkan di minda ibu bahawa walaupun ibu berpuasa tetapi insyaAllah mampu untuk terus menyusukan bayi seperti biasa.
Jangan sesekali fikirkan apabila berpuasa, susu ibu akan berkurang dan tidak cukup pada anak. 
ibu kena motivate diri sendiri dengan beritahu susu sentiasa cukup untuk anak. puasa bukan halangan menyusukan anak, tapi peluang untuk Allah beri pahala berganda untuk kita dapat menyusukan anak secukupnya dan beramal di bulan mulia.
Note: 
“Ya Allah, seberapa banyak susu yang akan diperolehi hari ini, penuhilah dengan rahmat-Mu, dan keberkatan di sisi MU.
Semoga dengan keberkatan-Mu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku”, Amin ya rabbal a’laminn. Sambil baca letakkan tangan pada dada da berdoa semoga Alah murahkan Rezeki kita pada hari itu. Amalan Zikir nama Allah YA MATIN juga boleh jadikanlah sebagai amalan sepanjang penyusuan ini terutamanya ketika berpuasa.

SEMOGA TIPS DI ATAS BERI MANFAAT KEPADA IBU-IBU DILUAR SANA. KAMI DOAKAN IBU-IBU SENTIASA SIHAT DIBULAN PUASA INI DAN TERUS AMALKAN PERKONGSIAN DARI KAMI.

TERIMA KASIH

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA

5 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA. Salam perjuangan ibu menyusu semua! Apa kabar hari ini? Moga ibu semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan. Untuk ibu yang sedang berjuang maintain menyusukan anak tetapi mahu susu maintain tidak berkurang. Kak eja

Read More »

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA?

RISAU SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA? Ibu yang menyusukan anak tentu risau kalau susu bdan drop ketika bulan puasa kan? Walaupun agama islam tak mewajibkan mereka untuk berpuasa tapi tak semua ibu memilih untuk tidak berpuasa. barangkali mereka berasa segan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0