fbpx

5 TIPS LEBATKAN RAMBUT ANAK

5 TIPS LEBATKAN RAMBUT ANAK 

Seronok tengok anak perempuan punya rambut yang panjang dan lebat, menambah lagi kecomelan sedia ada apatah lagi diikat tocang dan ditambah reben. Memang cantik!

Tapi tak semua anak dikaruniakan rambut yang lebat, jadi kita sendiri yang kena buat rawatan bagi rambut mereka hitam lebat dan cantik.

Ini antara tips-tipsnya

1. PENUHI KEPERLUAN VITAMIN
Pastikan anak mendapat keperluan vitamin yang mencukupi.
Sumber vitamin ini penting kerana setiapnya mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu menyihatkan rambut:
* vitamin C dan E yang membantu melindungi rambut daripada cahaya matahari yang boleh membuatkan rambut rosak
* vitamin A membantu menyihatkan kelenjar kulit kepala
* vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut dan membaiki rambut-rambut rosak


2. ELAK MAKANAN RAPU
Salah satu cara melebatkan rambut anak adalah dengan menjaga pemakanannya.
Elak beri anak junk food dan minuman berkarbonat kerana ia akan membuatkan rambut mereka kering dan kasar.

3. BANYAKKAN SAYURAN & BUAH-BUAHAN
Rambut mudah tumbuh dan lebat jika tubuh anak penuh nutrisi. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jika mereka susah memakan buah, buatkan jus atau smoothie tanpa gula yang penuh khasiat.

4. BANYAKKAN MAKAN IKAN
Asid lemak memberi perlindungan kesihatan pada rambut secara maksimum dan hasilnya, rambut semakin tebal.
Banyakkan makan ikan yang kaya Omega 3, daging lembu organik yang kaya Omega 6 dan minyak zaitun sumber utama Omega 9.

5.MINYAK RAMBUT YANG SESUAI
Gunakan minyak rambut yang sesuai, terutamanya daripada sumber organik seperti minyak zaitun, minyak kelapa, atau minyak hazelnut.
Untuk anak yang lebih besar, anda juga boleh membuat sendiri masker rambut yang sihat daripada bahan semulajadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0