fbpx

5 tips kurangkan loya dan alahan di awal kehamilan

5 Tips kurangkan loya dan alahan di awal kehamilan

“Kepala ni rasa pening sangat. Tekak pun rasa kembang. Apa yang di makan keluar balik.”

3 bulan pertama kehamilan memang agak mencabar bagi akak. Dan ramai juga mommy-mommy yang mengalami perkara sama kan?

Nak bangun tak larat, nak makan loya, hidu bau ini nak muntah. Bak kata semua benda la tak kena.

Tapi kita ada dua pilihan layan alahan atau lawan.

Kalau pilihan mommy nak lawan, Jom akak nak kongsikan 5 tips kurangkan rasa loya dan alahan di awal kehamilan.

Mak ayah kita cukup pantang betul, lepas makan baring

Apatah lagi kalau makan atas tilam

Boleh kena rotan dulu

Ikut kajian, tidur mengiring sebelah kiri selepas makan akan mengganggu pencernaan.

Masa kita tidur, perut kita kosong. Elok sediakan makanan tepi katil

Ini sambungan tips tersebut.

Jangan minum air kecuali selepas menjamah sedikit makanan. 

Perut kosong boleh menyebabkan rasa mual & muntah.

Pastikan kita minum air kosong secukupnya untuk elakkan dehidrasi.

 

Antara punca loya adalah kerana perut kita kosong semasa tidur malam

Dan ini menyebabkan asid perut banyak

Sediakan buah, biskut atau makanan pengalas perut di tepi katil

Ini akan mengurangkan rasa lapar & asid perut

Bagi ibu hamil yang ada kencing manis, petua ini akan bantu kawal paras gula

 

Makanan yang tinggi protein secukupnya

Contohnya seperti ikan

Ikan sumber protein yang bagus.

Telur juga bagus. Protein akan membuatkan kita kenyang lebih lama & mengelakkan asid perut keluar dengan banyak

Pastikan jangan berlebihan

Kasihan buah pinggang kita
 
Buah buahan banyak khasiatnya

Cuma pastikan kita pilih buah yang tak berapa tinggi gula

Buah epal bagus

Buah pear pun banyak khasiat

Tetapi buah buahan yang tinggi gula seperti mangga dan durian

Nak makan kena ada brek ya
 
Tips ni semua dah buat, memang menjadi. Yang basic ni la yang boleh lawan yang kronik!
Elok sediakan diri dengan ilmu & petua dari awal supaya
1. Mual & loya terkawal
2. Badan kita cergas
3. Kerja di pejabat & di rumah siap dengan cemerlang

SEMOGA BERMANFAAT ! INGINKAN LAGI INFO KLIK SINI.

 

SUMBER : AIZAH ZARIRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0