fbpx

5 Tips Elak Anak Meragam ketika Beraya

Bila tengah sedap-sedap makan ketupat, makan pulut, waktu ni lah si kecil nak menangis nak meragam! Haih pening kepala ibu !!

Kini Admin nak kongsi Tips yang boleh bantu ibu-ibu yang pening kepala tambah-tambah tiba bulan syawal iaitu 5 Tips elak anak Meragam ketika Beraya

5 Tips elak anak Meragam ketika Beraya

Bulan syawal adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat islam. Dimana bulan untuk kita bermaaf-maafkan dan berkumpul bersama keluarga. Selain itu, mesti bulan syawal akan penuh dek jemputan saudara mara dan kawan-kawan terdekat.

Tetapi lain pula bagi pasangan yang bergelar ibu bapa terutamanya yang baru pertama kali mempunyai si kecil. Tengah seronok-seronok nak gathering dengan kawan-kawan, waktu ni lah si kecil nak menangis nak meragam. Dari 30 minit nak bersembang jadi 10 minit. Risaunya ibu !!

Dari pening-pening kepala apa kata korang cuba 5 Tips elak anak meragam ketika beraya yang dikongsikan oleh Aizah Zarirah. Hopely perkongsian tips  ini boleh membantu ibu bapa yang mengalami masalah ank meragam dan merengek. Semoga bermanfaat !

5 Tips elak anak meragam ketika beraya 1

1. TIDUR YANG MENCUKUPI

Tidur memainkan peranan yang penting untuk elak anak meragam ketika berhari raya. Anak akak hari-hari biasa pun, kalau dia tak dapat tidur yang cukup, mula la dia nak mengamuk dan meragam, apatah lagi ketika penat beraya. Jadi, amat penting untuk kita sebagai ibu pastikan anak-anak mendapatkan tidur yang secukupnya pada malam hari supaya mereka akan kekal bertenaga pada waktu siang. Untuk anak-anak yang masih baby pulak, pastikan kita menyediakan ‘carseat’ supaya anak mudah nak tidur dalam kereta nanti.

5 Tips Elak anak meragam ketika beraya 2

2. PASTIKAN ANAK MAKAN DENGAN KENYANG

Jangan ingat hari raya, kita akan pikir banyak makanan untuk anak-anak nanti sampai lupa nak bagi anak kenyang dulu sebelum keluar rumah. Nama pun sambut Hari Raya, memang ada macam-macam juadah yang boleh kita dapati. Tetapi kita kena ingat, bila beraya dengan anak-anak kecil ni, bukan semua makanan yang mereka boleh makan tau. Oleh itu, untuk elak anak meragam ketika beraya adalah dengan memastikan anak-anak makan dengan kenyang dan secukupnya sebelum keluar beraya tu. Kalau anak masih bawah 6 bulan, pastikan mereka dapat menyusu mengikut waktu seperti biasa.

5 Tips Elak anak meragam ketika beraya 3

3. BAWAK MAINAN YANG ANAK SUKA

Nak elak anak meragam ketika beraya adalah dengan membawa barang mainan kegemaran mereka. Tapi, janganlah kita bawa satu raga pulak mainan tu nanti haha, bawa salah satu je yang mereka suka sangat. Kalau nak bagi smartphone pulak. Kita jangan terlampau lekakan anak dengan asyik main game sebaliknya gunakan pembelajaran untuk tontonan mereka. Sambil beraya, sambil belajar juga.

5 Tips Elak anak meragam ketika beraya 4

4. JANGAN PAKAIKAN BAJU MACAM DUDUK DEKAT KOREA

Kak eja sebagai seorang ibu nak sangat anak-anak nampak cantik dan bergaya di hari raya kan. Tetapi, tunggu dulu. Kita kena ingat, yang kita nj bukan duduk di negara korea. So, Jangan sampai berlapis-lapis pula pakaian mereka. Maklumlah, nak beraya ni bukan sepanjang masa berada di tempat yang teduh, ada masanya kena berjalan jauh dan berada di tempat yang sesak juga. Lebih baik untuk memakaikan anak-anak dengan pakaian dari material kain yang sejuk supaya kulit mereka mendapat pengaliran udara yang baik.

5 Tips Elak anak meragam ketika beraya 5
5. PASTIKAN BAWAK MINYAK ANGIN ATAU THERAPY OIL

Haa, ini penting untuk kita bawa kemana je kita nak pergi. Bila dah makan banyak, mulalah perut nak meragam kan? Jadi, anak-anak pun mula nak menangis mengadu sakit perut. Salah satu cara untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan menggunakan minyak angin. Tapi kena pastikan minyak angin yang selamat di gunakan oleh anak-anak. Kalau Kak eja memang akan bawak THERAPY OIL BY BOOMI BABY sebab bukan hanya boleh digunakan dekat anak-anak je, kita sendiri pun boleh guna.

Sumber dari : Facebook Aizah Zarirah

RESEPI MILKBOOSTER BERKESAN DAN MENYELERAKAN

Resepi milkbooster berkesan dan menyelerakan Ramai orang tertanya-tanya, kenapa susu badan ibu drop semasa berpantang?  sampai ada yang mengamalkan petua orang lama dan telan pelbagai macam ubat-ubatan yang ada diluar sana.  Ada sesetengah yang dah berputus asa dan rasa down

Read More »

Breakfast dengan air kurma merah.

Breakfast dengan air kurma merah Breakfast dengan air kurma merah. Terutama time datang bulan, Elok sangat sangat. Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini memang kaya dengan khasiat terutama untuk kaum wanita. – Mak berpantang dan hamil

Read More »

Resepi puree untuk makanan baby.

Resepi puree untuk makanan baby Malam ni share resepi puree pulak untuk baby. Mak-mak kalau nak join makan puree ni pun boleh juga. 😜 Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan? Dilema di atas

Read More »
peria katak
masakan
milkupempire

PERIA KATAK!!!

PERIA KATAK!!! Akak sorang ke yang mula-mula anti betul dengan yang namanya ‘PERIA KATAK’ Dengan rasa yang pahit, siapa je sanggup telan. Tapi, bila pikir-pikir balik. Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi..

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0