fbpx

5 TIPS BERSALIN ELAK KOYAKAN VAGINA!

5 TIPS BERSALIN ELAK KOYAKAN VAGINA!

Semua perempuan kalau boleh nak bersalin secara normal .Tapi, siapa kita nak melawan takdir kan?

Kalau dah boleh bersalin normal, sebolehnya tak nak ada koyakan vagina langsung!

Dalam kajian Lebih 90% wanita mengalami vagina “terkoyak” semasa bersalin. Koyakan kecil pada faraj semasa bersalin adalah normal (99% dari koyakan adalah koyakan kecil) dan akan sembuh dengan cepat kalau luka dijaga dengan betul.

Bertuahnya badan kalau dah dapat persalin normal di tambah pulak tak ada koyakan dekat vagina.

Admin nak share 5 tips bersalin elak koyakan vagina yang telah di kongsi oleh Puan Aizah Zarirah

Semoga Bermanfaat .

5 tips bersalin elak koyakan vagina

1. Buat senamana 

Senaman kegel dan squat adalah antara senaman yang penting untuk wanita mengandung. Senaman ini memudahkan mommy untuk bersalin dan elak koyakan vagina.

Mommy boleh buat dengan cara mengemut faraj macam kita tengah menahan kencing. Senaman ini sangat mudah dan boleh dilakukan bila-bila masa tanpa disedari sesiapa!

Manakala squat pula, mommy mula dengan posisi berdiri dan mencangkung perlahan-lahan dan ulang beberapa kali.

Dengar macam mudah, tapi mommy perlu pastikan tubuh mommy bersedia untuk bersalin. Sebav tubuh akan buat sesuatu yang ia tak pernah buat sebelum ini.
Untuk mempersiapkan badan bagi menghadapi proses bersalin, mommy perlu bersenam kerana bersenam akan memperbaiki peredaran darah yang hasilnya akan meningkatkan keanjalan kulit.
Peredaran darah ke perineum dan vagina juga boleh diperbaiki melalui orgasma.
Pemakanan yang banyak nutrisi dan minum air dengan cukup pun akan menyokong kesihatan kulit dan otot serta sangat membantu untuk elak koyakan vagina
 
5 tips bersalin elak koyakan vagina 2
Pastikan mommy makan makanan yang banyak lemak yang bail lebih-lebih lagi omega-3 yang boleh didapati dari ikan dan kekacang. Sayur-sayuran juga penting untuk memberikan mommy kebolehan untuk merenggang semasa bersalin dan penyembuhan selepas bersalin.
Masa tengah meneran, refleks janin akan menolak bayi ke bawah dan keluar dari uterus untuk masuk ke faraj dan keluar ke dunia.
Penolakan ini berlaku secara sukarela dan akan menolak bayi tanpa memerlukan ibu meneran. Sebab itu ada kes wanita bersalin semasa tidur dan koma!
Kalau rasa nak meneran, ini kerana uterus sudah menolak bayi ke bawah. Jadi mommy tak payah nak meneran dengan seluruh badan sambil menahan nafas untuk keluarkan baby.
Kain hangat yang ditekan di kawasan perenium boleh mengelakkan koyakan vagina yang serius. Kehangatan ini akan meningkatkan peredaran darah dan akan mengurangkan sakit.
5 tips bersalin elak koyakan vagina 4
Jadi untuk elak koyakan vagina berlaku, ibu perlulah mengikut tips yang terlah dikongsi dari facebook Puan Aizah Zarirah.Semoga perkongsian kali ini dapat membantu ibu-ibu yang baru pertama kali untuk bersalin.

Dikongsikan Oleh : Puan Aizah Zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0