fbpx

5 TIPS BADAN KEKAL SOLID DI HARI RAYA

Bila tiba Musim hari raya,Banyak jenis biskut raya kita boleh dapat, Bermula dari satu rumah ke satu rumah kita akan rasa biskut raya. Tapi sedar tak badan makin gemuk dan perut bertambah buncit?

5 tips badan kekal solid di hari raya

5 TIPS BADAN KEKAL SOLID DI HARI RAYA!!

Asal beraya je dah terbayang segala hidangan juadah-juadah yang memang menggoda iman, dari rumah niat nak makan biskut je. Sampai di tempat tujuan ku bedal segala yang ada di depan mata. Ini lah perempuan. Cita-cita nak kurus tapi hobinya makan. Like me and like you. Cehh.. hahaha!

1 syawal je syaiton memang dah terlepas. Sebab tu kalau makan, selagi perut tak kenyang, selagi tu lah kita sumbat. Ya rabb apa nak jadi? Meh la kita tengok  perkongikan  yang dikongsikan oleh Puan Aizah zarirah iaitu tips untuk badan kekal solid di hari raya. Especially untuk mak-mak dara macam kita ni.

Moh baca dan share 💕

MINUM AIR MIN 3L SEHARI 

Amboii girlss bila raya menjelma kemain kau ye makan kerepek chip chap chip chap tak hingat dunia tapi minum airnya ya ampun malas! macam mana lah badan tu nak kekal solid di hari raya. So kalau dah makan segala mak nenek kerepek dan biskut banyak pastikan minum air secukupnya. Supaya segala air dalam badan dapat mengurangkan dehidrasi akibat kandungan garam berlebihan.

DETOX LA BADAN TU

Kalau dah macam-macam makannan kita bedal, dari rumah ke rumah segala juadah kita sumbat wajiblah detox semula ya gadis-gadis, mak-mak dara sekalian. Kesian perut yang kita jaga semasa bulan ramadhan tu. Kalau kita tak detox umpama macam kita simpan nasi basi dalam perut. Yewwww! Lagi-lagi kalau yang jenis poo poo seminggu 3x. Detox paling mudah dan senang minun TEH HIJAU sekitar jam 10 pagi. 

5 tips badan kekal solid di hari raya 3

KURANGKAN MINUM AIR MANIS

Memang tak sah kalau di hari raya tuan rumah tak hidangkan air manis. Tapi kita kena la ringan mulut cakap “akak saya nak air masak boleh, Saya dari tadi banyak minum air manis ni.” tak jadi dosa pun kalau kita minta air masak tu kan? dengan cara macam tulah kita boleh kekal kan badan solid walaupun seronok berhari-raya.

5 tips badan kekal solid di hari raya 4

KUANTITI IS KEY

Jangan ingat pergi beraya dapat makan free sampai isi pinggan setinggi gunung kinabalu. Nasihat akak, ambiklah makanan dalam kuantiti yang sikit. Pilih makanan yang kita perlukan seperti karbohidrat yang ada pada lemang, ketupat dan meehoon. Pilihlah salah satu, jangan nak di humban semua dalam pinggan. Lepas tu bolehlah ambik sumber protein yang ada pada rendang daging atau ayam. Kalau kita langgar je semuanya , tak guna lah kita maintainkan badan untuk kekal solid di hari raya.

5 tips badan kekal solid di hari raya 5

JOM PUASA ENAM

Bila dah masuk raya ke 7 tu jom lah kita buat puasa enam pulak. Kita bagi masa pulak untuk perut berehat setelah dia bekerja. Hehe. Selain dapat pahala, baik juga untuk kesihatan. Ini yang di panggil detox semula jadi. Sambil-sambil buat puasa enam at the same time kita boleh buat puasa ganti. Make sure niatkan sekali tau. 

Jadi tunggu apa lagi? Jom kita amalkan tips kekal solid di hari raya bermula dari sekarang,

jangan sampai menyesal di kemudian hari 💕

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0