fbpx

5 Mainan yang Membuatkan Anak Bijak dari 0-6 Bulan

5 Mainan Yang Membuatkan Anak Bijak Dari 0-6 Bulan

“Tahukah anda Mainan pun membawa kesan terhadap berkembangan minda anak ?”

Sebagai ibu, Anak adalah satu keutamaan yang sangat penting bagi ibu.

Jadi Mestilah, mommy-mommy pun kena bijak dan pandai memilih mainan yang sesuai dengan usia mereka. Sebenarnya, ada beberapa contoh permainan anak yang mendidik. Walaupun ramai ibu bapa menganggap “alah anak baru lahir, tak payah lah nak main mainan sangat!” Tapi, ternyata pendapat macam tu tak betul okay. Sebab mainan ni membantu perkembangan si kecil.

Jadi apa mainan yang membuatkan anak bijak dari 0-6 bulan tu?

Hah, jomm Admin Kongsikan  dan terangkan 1 per 1 beberapa jenis mainan yang mendidik. Topik kali ini admin ambil daripada facebook Puan Aizah Zarirah.

 

5 mainan yang membuatkan anak bijak dari 0-6 bulan

Selepas anak dilahirkan, mata mereka ni belum sempurna untuk melihat. Kalau mommy nak tau, dia hanya dapat melihat warna hitam putih dengan jarak pandang sekitar 10 ke 25 cm ketika berusia 0-1 bulan saja.

Tapi pandangan mata si kecil akan bertambah baik seiring dengan waktu. 
Jadi untuk permulaan, mommy boleh tunjukkan si kecil gambar hitam putih dan dia akan memerhatikannya tanda tertarik dengan gambar tersebut. 

Kemudian mommy gerakkan gambar hitam putih itu lalu amati adakah si kecil mengikut arah gambar tersebut. Mommy boleh try masa bayi berusia satu hingga dua bulan.

5 mainan yang membuatkan anak bijak dari 0-6 bulan 1

Play gym ni salah satu mainan yang mendidik. Sebab mainan gantung dapat membantu merangsangkan pancaindera bayi usia satu hingga empat bulan. 

Lepas tu si kecil akan tersenyum kalau nampak mainan ini berpusing di hadapannya.
Apatah lagi mainan gantung ini boleh berbunyi dan bergerak sendiri di atas bulatannya. Sekaligus menarik minat bayi untuk bermain.

Kalau anak dah berusia lima bulan, bayi sudah boleh menggosokkan tangannya terhadap pelbagai permukaan. Jadi mommy bolehlah bagi anak mainan dengan pelbagai tekstur bagi merangsang minda si kecil. 

Perkenalkan buku lembut yang dibuat dari kain dan memiliki tekstur yang berbeza pada setiap halamannya. Kemudian, bacakan cerita setiap hari sebelum tidur, sekaligus menarik minatnya membaca buku sejak kecil. 

Pilih buku yang mempunyai jalan cerita yang tidak terlalu panjang hanya beberapa patah ayat saja dalam satu halaman.

5 mainan yang membuatkan anak bijak dari 0-6 bulan 3

Kalau anak mommy dah pandai merangkak, mainan bola membantu merangsang kemampuannya untuk terus merangkak. 

Apatah lagi, dia dapat sentuh dan mendapatkan bola tersebut ketika bergerak. Begitulah seterusnya. Sampailah mommy dapat melihat si kecil tangkas semasa merangkak demi mendapatkan bola yang berada di hadapan matanya. 

Pastikan mommy memilih bola yang mempunyai pelbagai tekstur, boleh berbunyi apabila dipicit dan lembut.

5 mainan yang membuatkan anak bijak dari 0-6 bulan 4

Mainan lembut ini dapat meransang pergerakan tangan mereka, kalau mereka tengah baring. Mommy boleh bagi maianan lembut ni untuk anak fokus pada sesuatu benda.

Semoga Bermanfaat !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0