fbpx

4 Resepi Puree Yang Sihat Dan Sedap

4 RESEPI PUREE YANG SIHAT DAN SEDAP UNTUK SI MANJA

Sesetengah ibu mahukan yang terbaik untuk si manja termasuklah dalam penjagaan makanan bagi bayi yang pertama kali mahu makan. Bagi seorang ibu juga, makanan pertama bayi perlulah makanan yang sihat dan sangat sedap . Jadi hari ini admin nak kongsikan 4 resepi puree yang sihat dan sedap khas untuk si manja yang sangat mudah dan berkhasiat bagi ibu yang baru pertama kali mendapat bayi dan resepi ini telah diambil daripada Facebook Puan Aizah Zarirah

Semoga Bermanfaat !

Sebenarnya makanan pejal pertama baby adalah puree sayur dan buah bukannya cerelac ataupun bubur nasi. Sayur dan buah pula bukan semuanya boleh bagi. Ada ikut kategori umur, kalau 6 bulan tu buah macam epal, pear, mangga, peach, pisang, avocado. Sayur pula macam keledek dan labu

1. Pisang, avocado, dan peach.

Yang ni mommy tak perlu rebus, hanya blend atau lenyek. Lepas tu boleh lah buat untuk 2 ke 3 hari terus. 

Dalam buah ni masing-masing ada kebaikan dia. Macam peach dia mengandungi. Calcium, iron dan zinc. 

Avocado dia kaya dengan vitamin E dan K. Pisang pun sama.

2. Pear, pisang dan halia.

Halia tu hanya masukan sikit untuk elak baby terkena kembung perut atau sembelit. Memang bagus untuk baby dan resepi puree ini sangat sihat dan sedap.

3. Ubi keledek, dan buah lai

 

Yang ini kena rebus, baru boleh blend supaya puree ini lebih lembut, masak dan lebih sedap dan sihat.

4. Brokoli hijau, kacang buncis dan buah lai

Yang ni juga perlu  direbus. Boleh disimpan dalam 1 minggu

Jadi Tiada alasan untuk ibu yang bekerjaya tidak menyediakan puree buat si manja mereka. Apa yang penting adalah memberi yang terbaik dan berkhasiat untuk baby. Semoga resepi puree yang sihat dan sedap ini dapat membantu ibu-ibu dalam penyediaan makanan untuk si manja.
 
Diambil Daripada : Facebook Aizah Zarirah

Untuk maklumat Lebih lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

0